Ketika semalam

Semalam adalah hari bercuti sakit yang tiada sijil sakit, maknanya gua ambil tindakan sendiri untuk bercuti sakit. Mata merah kemerahan, untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk gua ambil keputusan untuk tidak ke pejabat. Sebelumnya gua ke klinik untuk mendapatkan kepastiaan apakah masalah sebenar, ternyata gua tidak faham akan bahasa saintisnya. Apa yang gua faham, sakitnya tidak serius dan tidak memerlukan tindakan lanjut cuma diberikan ubat titis mata, ubat sapu mata dan ubat gatal mata. Gua amalkan ubat titis mata dan ubat gatal sahaja, ubat sapu gua tak guna pun sebab macam sakit ha ha ha..




Jadi semalam gua 1 hari duduk rumah sambil menonton tv dan sambil tv menonton gua, sedar-sedar dah pukul 1 tengahari. Gua syak tidur gua terganggu sebab lapar, apa lagi yang boleh gua lakukan selain merajinkan diri untuk memasak. Tak banyak pilihan, hanya berbekalkan ilmu di dada dan sedikit idea maka terjadi lah menu makan tengahari gua semalam. Tak hebat mana, cukup lah untuk gua makan, sekurang-kurangnya gua tak kelaparan.


Hasilnya terjadilah sup sayur ditambah telur, ikan goreng seekor dan sambal cili kicap untuk pemedas rasa, Gua ni makan tak pedas rasa macam tak cukup, jadi kena pedas-pedas sikit baru ummpphh. Kenyang gua sampai ke malam, nikmat masak sendiri tu memang hebat walaupun rasa tak seberapa. Untuk pengetahuaan mata gua dah beransur pulih, merah dah kurang. Jadi pengambilan ubat dihentikan serta merta untuk mengelakkan sakit lain, gua sudah cukup bersedia bekerja untuk hari ini. Oh pejabat....


Tiada ulasan: