Manager Billing

Esok bos baru masuk, mula 1 November. Gua tak tahu latar belakang dia dan gua tak tahu umur dia berapa, yang gua tahu nama dia Saodah. Ya bos baru gua seorang perempuan, dari pengalaman dan cakap-cakap orang bos perempuan ni rumit dan leceh. 

Gua merasakan kepedihannya kerana bos gua sebelum ni pun seorang perempuan yang sangat details, lebih memeritkan bila tempat duduk bos baru ni sebelah gua. Sebelah meja gua, tiada penghalang antara gua dengan dia. Oh peritnya.

Bermula esok tiada lagi kemaskini blog atau kemaskini status facebook di pejabat, sangat memeritkan. Tiada lagi masuk pejabat lambat, waktu makan 1 jam tepat. Tiada lagi cuti mengejut sehingga la dia dapat tempat yang sepatutnya, oh lamanya. Harap ianya tidak berkekalan, amin.


Shark Night 3D - Premier Screening @ Mid Valley

Jemputan dari Nuffnang

Shark Night mengisahkan percutian menakutkan beberapa pelajar kolej di sebuah tasik, percutian mereka dihantui dengan kehadiran jerung di dalam tasik. Tasik tu jauh dari penempatan dan perhubungan, ianya dikawal oleh seorang sheriff. Nasib pelajar-pelajar kolej lebih malang apabila sheriff yang diharapkan sebenarnya dalang dalam melepaskan jerung-jerung ke dalam tasik. Ia dibantu oleh 2 orang nelayan yang turut berniat jahat dengan melepaskan jerung ke dalam tasik. Seorang demi seorang pelajar mati ditangan jerung pemangsa, berlaku juga perbalahan dari masalah yang sedang mereka hadapi.


Gua boleh cerita sikit je, nak tahu lebih kena pi pawagam 3 November ni. Secara keseluruhanya gua menghadiahkan 3 1/2 bintang untuk filem ini, terima kasih kepada Nuffnang memberi 2 tiket percuma untuk filem ni. 


Gambar terpaksa digelapkan kerana kelihatan comot!



Final Piala Malaysia - Peminat Boikot

Ada suara peminat-peminat bola sepak negeri dan negara membantah harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang bakal berlangsung pada Sabtu ini yang menemukan pasukan Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, suara bantahan dan boikot ini dilakukan kerana kenaikan harga tiket kepada RM50 yang dibuat oleh FAM. Berikut adalah antara gambar-gambar boikot dan bantahan peminat sukan bola sepak:





Mengikut harga biasa perlawanan akhir mempunyai 2 harga, terbuka RM30, tempat duduk utama (grand stand) RM50. Menurut FAM, selarasnya harga tiket RM50 dibuat kerana ada yang membeli tiket harga RM30 tetapi melompat masuk ke tempat duduk utama (grand stand) yang berharga RM50. Dengan penyelarasan harga tiket ini, FAM mengharapkan semua pihak berpuas hati. Pastinya FAM ada alasan yang tersendiri, kita tunggu dan lihat.



Marco Simoncelli - Before & After (Pictures)

Before MotoGP starts
Simoncelli crashed - Honda No 58
Crew members
AC Milan prays for Marco Simoncelli before Serie A match
Sepang crews 
Photo taken on Saturday 22 October 2011, 1 day before death crashed


Credit to CNN


Shark Night 3D

Dapat jemputan menonton filem Shark Night 3D dari Nuffnang, tengok poster macam best. Dari mata kasar cerita pasal jerung, dah lama cerita pasal jerung ni tak di filemkan. Gua malas nak baca sinopsis pasal filem ni, bagi feel filem ni naik masa menonton nanti. Jemputan tu esok malam pukul 9 malam di GSC Mid Valley, harap-harap filem ni mampu buat gua kagum. Sebenarnya bukan filem ni yang gua nak tonton, Real Steel yang gua harapkan dapat jemputan dari Nuffnang tapi nak buat macam mana dah takda rezeki. Lepas menonton esok gua akan ceritakan serba sedikit pasal filem ni, gua cerita secara gentle. 



Dunia Sukan

Dunia permotoran dikejutkan dengan 1 perlanggaran maut semasa MotoGP Sepang Malaysia semalam, Marco Simoncelli maut dalam perlanggaran itu setelah dirempuh Colin Edwards dan Valentino Rossi selepas terjatuh di selekoh 11. 



Dunia bola sepak dikejutkan dengan kekalahan besar Manchester United kepada jiran Manchester City, kekalahan 1-6 berpunca dari layangan kad merah keatas pertahanan United Johnny Evan selepas menarik penyerang City, Balotelli. Ini merupakan kekalahan pertama United sejak musim EPL 2011 dilangsungkan, City terus kekal selaku pemegang takhta liga dengan perbezaan 5 mata didepan United.



Dunia rugbi, New Zealand berjaya mengakhiri kemarau kejuaraan selama 24 tahun sejak menjuarai Piala Dunia Rugbi 1987. Kemenangan tipis kepada Perancis 8-7 cukup membuatkan All Blacks berpesta meraikan kemenangan, ini juga merupakan detik paling manis bagi jurulatih Graham Henry.






English - Final Exam

Dilarang membuka kertas soalan sehingga diberitahu

Isi butiran diri dengan lengkap

Tekun

Pening

Dah lama tak ambil periksa, bila dah tua-tua ni baru nak ambil periksa balik memang gementar. Rasa bergegar je 1 badan, seram sejuk dibuatnya. Untuk makluman, gua ada menghadiri kursus bahasa English yang dibuat di pejabat gua ni, cuba tengok ni English Session & Benda Baru. Setelah hampir 3 bulan menghadiri kelas, akhirnya tiba masa peperiksaan akhir. Dah macam SPM rasanya, seram...



Lifetime Warranty for Power Window - Proton

Proton memberikan jaminan seumur hidup (10 tahun/250,000km) tingkap kuasa kepada semua kereta keluaran Proton, ianya sah bagi semua model Proton yang berdaftar mulai dari 1 September 2011. Ia meliputi empat komponen utama yang berkaitan mekanisme tingkap kuasa kenderaan itu iaitu pengatur tingkap kuasa, motor tingkap kuasa, suis dan run channel. Hanya model Proton keluaran Malaysia sahaja yang layak menerima jaminan ini.


Terma & Syarat

Ini merupakan 1 langkah bijak yang dilakukan Proton bagi menstabilkan jualan setiap model keluarannya, selain memberikan kepuasan kepada pengguna Proton. Segala maklumat lanjut mengenai waranti ini boleh terus ke pusat servis Proton yang sah.

8 Kenderaan Berlanggar

Berlaku di Seremban berhampiran di Taman Bukit Mas di persimpangan lampu isyarat, 19 orang cedera. Berlaku kira-kira 8.30 pagi, laporan terkini tentang mangsa yang cedera tak dapat dipastikan. 




Laporan lanjut boleh layari KOSMO! dan myMETRO. Moral dari kejadian ini, berhati-hati dijalanraya. Malang tidak berbau



Aktiviti Sabtu

Dah lama tak panjat gunung, rindu rasanya. Sabtu lepas dapat lepas gian nak mendaki, aktiviti kali ni bawa naik 1 kumpulan seramai 36 peserta dari KWSP Klang mendaki Gunung Nuang. Aktiviti sukses, semua selamat. Matlamat kumpulan ni nak tawan puncak Gunung Nuang tidak tercapai, masa tak mengizinkan dan kerana faktor-faktor lain yang tak dapat dielakkan.


Peringatan kepada bakal pendaki yang pertama kali ingin menawan Gunung Nuang, tepati masa, trek laluan sukar, cuaca tidak menentu, gunung tertinggi di Selangor, persiapan harus rapi, makanan harus mencukupi, dan bersedia menghadapi kejadian yang tidak diigini. Gunung Nuang tidak seperti gunung lain, laluannya sangat mencabar. Apa pun, selamat berjaya.


www.budakkakigunung.blogspot.com

Untuk gambaran lebih jelas, boleh layari www.budakkakigunung.blogspot.com . Ada juga perkhidmatan guider ke Gunung Nuang disediakan, selain itu ada juga aktiviti-aktiviti amal dn sukarela yang dijalankan.


Blogger Master Chef - Juara

Berakhir sudah pertandingan Blogger Master Chef, keputusannya sudah pun diketahui. Di pusingan akhir cabarannya lebih mencabar, peserta perlu memasak di tengah-tengah SACC Shopping Mall Shah Alam. Tempat terbuka, orang luar pun boleh tengok. Ini yang membuatkan peserta lebih tekanan dan berderau darah, memasak secara terbuka. 




Konsep pertandingan lebih kurang sama masa separuh akhir, peserta akan memasak menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam KOTAK MISTERI. Betul-betul misteri, inilah yang buatkan peserta berdebar-debar. Di pusingan separuh akhir peserta diarahkan memasak udang bersama-sama bahan yang lain yang terdapat dalam kotak misteri.


Di pusingan akhir pula, peserta diarahkan memasak menggunakan bahan utamanya iaitu AVOCADO. Pasti ramai yang hilang idea bila buka kotak misteri, kalau gua pun pasti blur bila nampak avocado. Sampai sekarang gua masih terfikir, apa lah yang boleh dimasak dengan avocado ni. Nasib baik gua tak layak ke pusingan akhir. Itu pusingan pertama, dipusingan kedua peserta disuruh memotong bawang. Bawang Holland, apa jenis tugasan gua tak pasti tapi kalau diperhatikan gambar macam disuruh cincang atak potong bawang halus-halus. 




Apa pun tahniah kepada semua peserta akhir, apa pun cabaran lu orang boleh buat tu yang buat gua tabik spring. Pemenang sudah pun dinobatkan, tahniah kepada juara. Kalau tahun depan masih ada pertandingan seperti ni pasti gua akan sertai lagi tapi bukan secara suka-suka tapi secara SERIUS, gua nak pastikan Juara tahun hadapan pasti milik LELAKI. Untuk mengetahuai siapa pemenang dan gambar-gambar semasa pertandingan boleh ke https://www.facebook.com/MasterChefMalaysia.



Blogger Master Chef - FINALE 15 October 2011

Debaran pasti terasa buat semua 10 finalis Blogger Master Chef, pertandingan akhir bakal berlangsung pada 15 Oktober 2011 ini di SACC Shopping Mall, Shah Alam. Apa la tugasan yang akan diberikan, memang tertanya-tanya. Cabaran tetap cabaran, ini lah finalis kena lalui. Berbaloi la dengan hadiah yang bakal dimenangi:-



GRAND PRIZE (Best MasterChef Blogger) : RM3,000.00 in cash + Panasonic IH Cooker (Model: KY-C227B) worth RM2, 799 + BHPetrol Cash Voucher worth RM 500.00 + Ipad1 (16GB) with WIFI + Masterchef Pendrive (4GB) + Mitten + Nestle Hamper worth RM 300.00
Runner up Prize – (2nd Best MasterChef Blogger) : RM2,000.00 in cash + Panasonic Microwave (Model: NN-GS597) worth RM999 + BHPetrol Cash Voucher worth RM 400 + Ipad1 (16GB) with WIFI + Masterchef Pendrive (4GB) + Mitten + Nestle Hamper worth RM 200.00
8 x Consolation Prize Winners : a BHPPetrol Cash Voucher worth RM 100 + Nestle Hamper worth RM 150.00

Memang menarik hadiah dia, siapa yang tak teruja. RM3000 tunai tu, terliur kejap la bila fikirkan. Memasak pun boleh menang duit, memang hebat. Siapa bakal JUARA? Sama-sama lah kita tunggu dan lihat siapa bakal bergelar Blogger Master Chef yang pertama. Tak sabar rasanya.

Kepada umum, jangan lupa saksikan program Astro Master Chef Malaysia yang bakal dimulakan pada 22 Oktober ini di saluran Astro Ria. Sudah pasti program ini jauh berbeza dengan pertandingan Blogger Master Chef, program ini lebih mencabar dan besar. Info Astro Master Chef Malaysia sila lihat dibawah:-


  • MasterChef Program Information 

  1. Date Start: 22nd October 2011.            
  2. Day: Every Saturday – Wednesday. 
  3. Time: 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)



Blogger Master Chef - Pengalaman

Inilah pengalaman pertama gua masuk pertandingan memasak, mulanya saja nak mencuba tak sangka pula dapat layak ke separuh akhir. Walaupun hanya antara blogger tapi saingan tetap hebat, mana taknya majoriti peserta semuanya sudah berumah tangga dan juga golongan wanita. Tentu-tentu memang hari-hari memasak, gua pula hari-hari makan pakai tunjuk.






Gua seorang bujang dan seorang lelaki, dah tentu-tentu jarang memasak. Bila mula-mula dapat jemputan dari nuffnang untuk ke separuh akhir pertandingan Blogger Master Chef serabut juga kepala memikirkan apa yang nak dimasak, lebih-lebih lagi segala bahan mentah semuanya disediakan sendiri oleh nuffnang. Tertanya-tanya apa lah menu yang hendak dimasak, sehari sebelum pertandingan lagi bertambah tak tenteram jiwa.


Inilah yang dikatakan pertandingan, gemuruh, takut, seram sejuk, menggigil, segala macam perasaan jadi. Kalau tak kerana gua bawa pemberi semangat tak tahu la apa jadi kat gua hari tu, terima kasih banyak-banyak kat Lolipop dan Farah sebab banyak beri gua semangat. Tak lupa juga kat CikLilyPutih yang banyak besabar dengan gua sepanjang pertandingan memasak, katanya gua ni mulut lagi bising dari memasak. Bising tu sebab takut Kak, kalau senyap maknanya saya nangis. Apa pun Kak Lily memang best, mesra alam walaupun baru pertama kali jumpa.






Pengalaman menarik yang gua dapat, bagi gua semuanya manis walaupun takda rezeki ke pusingan akhir. Kata juri masakan gua ni rasa semua ada tapi rasanya biasa, tak luar biasa. Barangkali juri inginkan sesuatu yang luar biasa, sekarang ni baru gua mengerti apa itu pertandingan memasak. Kalau setakat masak rasa macam masakan kat rumah baik jangan masuk pertandingan, kalau boleh masakan kita tu mesti ada kelainan dari yang lain. Susahkan? Masak memang boleh tapi nak cari kelainan memang susah tapi gua dah buktikan yang gua memang boleh memasak.




  • MasterChef Program Information 

  1. Date Start: 22nd October 2011.            
  2. Day: Every Saturday – Wednesday. 
  3. Time: 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)



Aaron Aziz warganegara Malaysia?

Siapa tak kenal aktor Aaron Aziz, tampan, sasa, manis dan macam-macam la anggapan peminat dia. Lakonan pun hebat, nampak hidup dan bertenaga. Semua orang tahu Aaron Aziz berasal dan warganegara Singapura, dengar cerita dia dah minta kerakyatan Malaysia. Selesa hidup dan kerja di Malaysia katanya, Aaron juga telah menjual asetnya di Singapura. Ni mungkin bagi menyenangkan Aaron sendiri ke lokasi pengambaran, rezeki tengah mencurah di sini.



Ni gua nak bagitahu lu orang ni, cerita ni tiada siapa yang tahu kiranya lu orang lah yang pertama tahu. Ada orang cakap muka gua ada iras-iras Aaron, tu kalau pagi. Kalau tengahari pula ada yang kata macam Faizal Tahir, itu orang kata lah. 





My Happiest Moment

Kek Coklat - Lolipop

Acara Tiup Lilin - Farah & Gua

Acara Potong Kek - Farah & Gua

Hadiah Hari Lahir - Farah & Gua

Ucapan terima kasih kepada Lolipop atas segalanya pada sambutan hari lahir gua tempoh hari, 14 September 2011 bakal gua kenang sebagai hari paling mengembirakan dalam hidup gua. Kejutan yang betul-betul mengejutkan gua, merasakan gua adalah manusia yang paling beruntung dalam dunia. Tak tahu apa gua nak cakap tentang ni, apa yang gua fikirkan sekarang ni hanya mahu menjerit sepuas-puasnya tanda gembira. WOOOOOoooooo....



Himpunan 1,000,000 Umat

1 perhimpunan raksasa akan diadakan pada 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Himpunan Sejuta Umat ini bagi memberikan kesedaran dan membendung ancaman akidah umat Islam di Malaysia. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat Cegah Murtad dan juga dikenali sebagai HIMPUN dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO-NGO Islam) dari seluruh negara dan perhimpunan seperti ini yang pertama kali diadakan di Malaysia.


Dengan itu semua dijemput hadir bagi menjayakan HIMPUN ini, majlis ini juga diserikan dengan alunan Asma Ul-Husna, bacaan ayat-ayat Al-Quran, Nasyid dan bermacam-macam acara keIslaman turut diadakan. Perhimpunan ini juga TIDAK berkaitan langsung dengan mana-mana PARTI POLITIK! Info mengenai HIMPUN seperti dibawah:-



OBJEKTIF

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
     
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
     
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
     
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
     
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
     
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

TENTATIF

22 Oktober 2011 | Sabtu
2.00 petang hingga 6.00 petang
Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tentatif awal program Himpunan Sejuta Umat ( akan dikemaskini dalam masa terdekat) :
  • Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
  • Alunan Asma Ul-Husna
  • Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
  • Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
  • Ucapan tetamu utama
  • Ucapan  wakil-wakil NGO terpilih
  • bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
  • Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.

Maklumat lanjut boleh layari WWW.HIMPUN.ORG, boleh juga layari facebook HIMPUN

The Thing - Premier Screening

Dapat jemputan menonton The Thing di GSC Mid Valley semalam, kebetulan lepas kerja memang tak buat apa jadi gua luangkan masa bersama Lolipop menonton wayang. Percuma siapa tak nak, masa beratur nak ambil tiket singgah kaunter Churp Churp buat amal. Lolipop beli Churpie Churp dengan harga RM25 sambil menderma untuk Ruman Aman, kempen dikenali sebagai TLC Promise Me. Selain itu, nuffnangers juga boleh menderma menggunakan nuffnang earnings. Mudah



Tayangan The Thing bermula pukul 9:30 malam, boleh dikatakan kerusi dipanggung 10 semuanya penuh. Keseluruhan cerita menarik walaupun gua merasakan jalan ceritanya agak lambat dan sedikit boring. Gerun, ngeri, seram tetap ada, tu yang membuatkan cerita ini menarik. The Thing mengisahkan tentang kehadiran makhluk asing ke bumi yang telah terbeku lama di Antartika, beberapa pakar sains telah menjumpai dan mengkaji makhluk asing itu tanpa diketahui umum. Makhluk asing dalam The Thing bukan seperti makhluk asing dalam filem-filem lain, ini membuatkan filem ini menarik. Gua memberikan 3 1/2 bintang kepada filem The Thing, terima kasih nuffnang atas jemputan untuk filem The Thing.


The Cube

Ramai yang mungkin tak tahu pasal THE CUBE, ada yang pernah dengar tapi tak tau, ada juga yang tak pernah dengar langsung. Gua pun baru je tahu pasal THE CUBE ni, tertanya-tanya juga. THE CUBE adalah portal untuk pengguna telefon bimbit, turut menyediakan MUZIK, PERMAINAN VIDEO, HIBURAN & KAWAN.




Di THE CUBE, pengguna boleh mendapatkan CALL ME TONES, RINGTONES, MOVIE SOUNDTRACKS, FUN TALK, LATEST GAMES, GAMERS CLUB, FUN STUFF, FOOTBALL LATEST NEWS, MMS COMICS, TWEET TOKE, VOICE POKE, FACEBOOK, TWITTER, SOCIAL SMS dan macam-macam lagi. Semua yang terbaru dan terkini ada dalam THE CUBE, pendek kata THE CUBE menyediakan keriangan dan keseronokan.




Pelbagai pakej disedikan bagi memudahkan pengguna dan dengan nilai yang berpatutan, semuanya menjadi mudah dan berbaloi. Peraduan juga turut terdapat di THE CUBE, selain mencari lagu-lagu untuk telefon bimbit juga boleh menang hadiah. Untuk yang masih tertanya-tanya lagi apa itu THE CUBE bolehlah layari WWW.THECUBE.MY







Udang Nenas 3 Rasa - Blogger Master Chef

Peserta Separuh Akhir 2 Blogger Master Chef

Chef Fadli

Udang digoreng terlebih dahulu (goreng kunyit)

Penyediaan sos 3 rasa

Proses akhir masakan

Udang Nenas 3 Rasa

Chef Fadli & Chef Kak Lily 

Bahan-bahannya:-
1- Cili
2- Halia
3- Bawang Putih
4- Bawang Merah/Besar
5- Tomato
6- Udang 
7- Sos Tomato & Sos Cili
8- Nenas

Cara-caranya:-
1- Penyediaan Sos 3 Rasa
- Kisar Cili, Halia, Bawang Putih dan Bawang Merah/Besar sehingga lumat.
- Panas kuali dan sedikit minyak untuk tumisan.
- Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan kekuningan.
- Kemudian masukkan Sos Tomato dan Sos Cili, kacau hingga sebati dengan bahan tumisan.
- Tambahkan sedikit garam dan gula untuk rasa yang lebih menarik.
- Cincang Nenas kepada bahagian yang kecil untuk tambah kemanisan rasa sos ATAU tuangkan sedikit air Nenas kedalam sos.
- Akhir sekali masukkan Tomato kedalam sos

2- Penyediaan Udang
- Gaulkan Udang yang siap disiang dan dibelah belakang dengan kunyit dan sedikit garam, untuk rasa yang lebih pedas boleh gaulkan bersama serbuk cili.
- Panaskan kuali dan sedikit minyak untuk menggoreng.
- Gorengkan Udang dengan api yang perlahan untuk memastikan Udang masak sepenuhnya.
- Kemudian gaulkan Udang yang telah dimasak kedalam Sos 3 Rasa tadi. Siap.


* Ini resepi gua, amacam? Menarikkan? Boleh cuba, tak faham boleh tanya gua. Panggil gua Chef Fadli, ok! Sedikit INFO mengenai Master Chef.





  • MasterChef Program Information 
  1. Date Start: 22nd October 2011.            
  2. Day: Every Saturday – Wednesday. 
  3. Time: 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)