Dengan itu semua dijemput hadir bagi menjayakan HIMPUN ini, majlis ini juga diserikan dengan alunan Asma Ul-Husna, bacaan ayat-ayat Al-Quran, Nasyid dan bermacam-macam acara keIslaman turut diadakan. Perhimpunan ini juga TIDAK berkaitan langsung dengan mana-mana
OBJEKTIF
Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?
- Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
- Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
- Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
- Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
- Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
- Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.
TENTATIF
22 Oktober 2011 | Sabtu
2.00 petang hingga 6.00 petang
Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tentatif awal program Himpunan Sejuta Umat ( akan dikemaskini dalam masa terdekat) :
- Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan
- Alunan Asma Ul-Husna
- Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan
- Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam
- Ucapan tetamu utama
- Ucapan wakil-wakil NGO terpilih
- bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam
- Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.
Maklumat lanjut boleh layari WWW.HIMPUN.ORG, boleh juga layari facebook HIMPUN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan