"Fall back, fall back" jerit Sarjan Hassan kepada anak buahnya termasuk gua. Keadaan ketika itu sangat genting dengan serangan tentera Jepun terhadap Malaya, ramai yang menjadi mangsa korban. Hanya berbekal kan senjata yang terhad mustahil Malaya boleh memenangi peperangan. "Minta bantuan dari pusat kawalan" tempik Kamal menyuruh gua mendapatkan bantuan. Sedang gua cuba mendapatkan talipon yang tak jauh dari gua tiba-tiba kem gua digegarkan bom askar Jepun, ramai yang terpelanting dan mati serta merta kesan dari letupan itu. Hanya beberape orang sahaja yang terselamat dari letupan tu.
Gegeran dan bunyi yang kuat itu membuatkan gua tersedar dari tidur, dahi gua berpeluh. Tengok jam 4.30 pagi, gua jeling kalendar. "Merdeka yang ke berape erk?" tanya gua dalam hati. Gua geleng kepale beberape kali, gua angkat tangan sambil membilang mengunakan jari. "Ooo 53" hati gua berkata. Gua terus tido.
2 ulasan:
tahniah... lu berjaya bangun pagi td... klu x lu sure dah terkurung di zaman lampau... hehehehe
Kupu2--> mati syahid r gua mcm tu, hahaha
Catat Ulasan