Contoh masa di kampung haritu, dalam kepala gua memang dah set nak bawak barang-barang hiking & camping gua balik kampung sekali, gua bawak hammock, fly & ground (canvas), tali dan lain-lain. Selain tu gua bawak sekali ilmu yang gua dapat sepanjang gua menggunung, kerja kampung ni berkait juga dengan ilmu hutan. Lu orang ingat senang ke nak hidupkan bara api nak bakar ikan? Kalau gua tak belajar masa menggunung dulu mungkin gua gigil lagi nak hidupkan api. Lu orang ingat senang ke nak setup pondok untuk bersantai bersama famili? Kalau tak kerana pengalaman gua dalam menggunung mungkin gua bebal lagi nak setting pondok. Orang yang tak faham pasal hobi gua memang tak nampak kaitan hobi dengan hal-hal macam ni
*Orang yang dalam gambar dibawah semua dah faham hal hobi gua, gua harap orang yang tak faham baca entri ni
Hammock |
Santai ala kampung & camping |
Hammock (buian) - Berebut-rebut nak baring dalam hammock |
Fly (atas) Ground (bawah) - Berguna buat bumbung dan alas pondok |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan