Baca tajuk je memang dah tau khas untuk wanita, wanita ni kaki shopping online, kan? kan? Ni kes kena tipu dalam pembelian online, kadang-kadang tak perasan pun kena tipu. Ramai tertarik dengan #murah #originalbutik #oversea #diskaun #hargaruntuh dan macam-macam lagi hash-tag. Gua panggil dorang ni sebagai penipu, penjual-penjual ni tau macam mana nak godam diri lu orang yang kaki shopping online ni. Gua cuba terangkan kat lu orang kenapa gua panggilkan dorang tu penipu, benda simple je sebenarnya cuma memerlukan lu orang berfikir dulu sebelum membeli.
Barang Original, kes macam ni selalu jadi, penjual cakap barang original, dari oversea kononnya, harga jauh beza dari butik dekat Malaysia, ini penipu. Gua pasti barang tu barang copy original, bukan original dari butik. Kalau harga memang jauh beza dari butik, memang sah barang tu barang tiruan. Kualiti, bentuk, ukuran, jahitan setiap sudut mungkin sama dengan original, jangan tertipu sebab gua dah pergi tengok dah barang-barang gred copy ni, memang 99% original. Pre-Order, kadang-kadang lu order barang kena tunggu 2-3 minggu baru barang akan sampai, sebab apa 2-3 minggu barang baru sampai? Sebab kalau pakai shipping laut memang akan sampai 2-3 minggu dan selalunya barang ni dari China, gua tahu sebab gua pun ambil barang China, tempoh 2-3 minggu untuk barang gua sampai ke rumah.
Gua bukan nak kondem penjual-penjual ni cuma gua nak lu sebagai penjual ni jujur la, jangan la barang fake lu cakap barang original, tu kan menipu namanya. Paling ketara dalam jualan handbeg, prada, gucci, LV, MK dan jenama yang hangat kat Malaysia ni. Ramai yang kena tipu, tak yah jauh-jauh tengok budak-budak office gua dah cukup, gua senyum-senyum je masa dorang duk sibuk membeli, dah dapat barang terkedu. Gua dah pergi dah kedai-kedai di Guangzhou yang menjual secara borong barang-barang grade copy ni, memang sebiji sebentuk, susah nak bezakan dengan barang original. Tu pasal gua berani cakap, banyak gua belajar masa kesana, jadi tak hairan la dorang boleh cakap barang original sedangkan barang sebenar barang copy.
Gua pun taknak terang panjang-panjang, lu orang bukan faham pun. Kalau ada niat nak berniaga secara besar-besaran, gua sarankan lu orang pergi ke China tapi jangan rambang mata pulak nanti. Sebelum pergi pastikan jualan apa yang lu nak buat, jadi sampai sana fokus pada barang jualan dulu baru lu orang jalan-jalan tengok barang lain. Kalau lu orang dah sampai sana nanti baru lu orang faham apa yang gua cakapkan, gua pun akan pergi lagi insyaALLAH kalau semuanya lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan