5 Perkara Paling Tak Boleh Blah Pasal Tandas Office
- Bersembang dengan member sambil kencing berdiri, bersebelahan
- Bercakap talipon macam projek juta-juta, macam dato' dato'
- Abu dengan puntung rokok berterabur, rasa nak seligi je
- Tengah setting-setting nak masuk kan baju cleaner perempuan masuk, gua plak yang malu, cleaner buat dek je
- Tisu berterabur, tong sampah dah besar dah tapi tisu masih kat lantai.
Bagi gua tandas adalah sepatutnya menjadi tempat paling private, kena senyap, bersih, nyaman dan segar. Baru tenang jiwa nak 'beradu', tiada gangguan yang akan memotong nikmat 'beradu'. Lagi 1 gua nak sarankan, mana-mana manager yang kawal bahagian tandas ni supaya Wi-Fi tu lepas sampai ke tandas, oleh kerana kadang-kadang mengambil waktu yang lama dalam tandas gua boleh minta nyawa bila gua memerlukan ketika main candy crush. Dekat tandas-tandas awam pun boleh wujudkan Wi-Fi percuma, ini boleh menarik minat orang untuk membuang dari menyimpan, boleh batu karang tau.
1 ulasan:
haha..kencing smbil berborak...pantangg betul
Catat Ulasan