BR1M ni memang membawa fenomena kat Malaysia ni, BR1M ni bermakna Bantuan Rakyat 1 Malaysia hanya untuk yang kurang berkemampuan dan yang layak je. Gua cakap membawa fenomena sebab bila masa BR1M ni diumumkan sampai la ke BR1M 3.0 ni kecoh dalam FB, blog, twitter dan lain laman sosial cakap pasal BR1M. Setiap kali BR1M dikeluarkan pasti kecoh, pihak pembangkang maki, kutuk, keji bantuan ni, pihak kerajaan semasa gembira, puji, sanjung.
Gua ni jenis suka memerhati, kalau dalam FB tu gua baca la komen-komen yang meleret-leret tu, kadang-kdang tergelak pun ada. Sanggup bergaduh pasal BR1M ni kat dalam FB, apa ke hal nya korang nak bertekak kat situ. Kalau rasa BR1M tu tak baik atau tak membantu tak payah la claim BR1M tu, kalau rasa BR1M tu membantu, claim dan belanja kan jela. Bagi gua tak payah nak compare kan wang bantuan tu dengan kos sara hidup lu orang, kalau lu orang pakai kereta memang tak akan cukup la dengan wang bantuan tu, kita fikir logik sudah, dah nama pun bantuan.
Bagi gua BR1M ni hanya wang bantuan kepada yang berkelayakan, Alhamdulillah bagi yang dapat tu setidak-tidaknya dapat la juga sikit duit tanpa berkerja jeras. Bagi yang betul-betul mengharapkan bantuan ni mereka dah tentu sangat bersyukur dengan wang bantuan ni, kita yang tak sesusah yang lain ni patut bersyukur jugak dengan bantuan yang sedikit ni dapat la juga fakir-fakir miskin ni merasai nikmat yang terlalu berharga bagi mereka. Cuba bayangkan bantuan semacam ni dihentikan, apa yang akan dilalui fakir miskin yang sangat mengharapkan bantuan macam ni?
Pendek kata, jangan gaduh-gaduh, yang sikit sama dirasa yang banyak sama dibagi. Rasa taknak BR1M tu kita sedekah dekat rumah anak-anak yatim, masjid/surau, atau derma lah kat mana-mana yang lu orang rasa nak derma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan