Cerita PS4

Gua ingat lelaki je nak becerita pasal PS4 ni, perempuan pun ada juga. Akak office gua tanya harga PS4, risik-risik pasal PS4 sebab nak belikan untuk suami dia, untung la lu lelaki dapat PS4 dari isteri. Dia tanya apa perbezaan dari PS3, dan tentu la kualiti dan harga berbeza ditambah harga CD game mahal. Ada lagi seorang member office gua dah beli PS4, geram gua dengar bila dia dah beli tapi bila dia cerita macam mana cara dia berjimat nak kumpul duit untuk beli tu rasa macam tak mampu pula nak buat. Hari-hari makan nasi lauk kentang dekat office, gila hebat daya usaha beliau nak dapatkan PS4 tu, lu mampu? Baik tak makan terus dari hari-hari makan nasi lauk kentang tapi kalau dah memang minat apa benda pun sanggup buat.

Honey, honey taknak hadiahkan PS4 untuk orang ke?


*mencuba tak salah, untung batu tenggelam untung sabut timbul

Tiada ulasan: