Sapura Kencana Petroleum Inter-Division Futsal Tournament 2013 - OCSSKFC


Aktiviti gua hujung minggu lepas, salah satu aktiviti yang company gua buat. Sebanyak 20 pasukan mewakili company masing-masing yang bernaung dibawah Sapura Kencana menyertai pertandingan futsal ni, termasuk dari Johor, Lumut dan Singapura. Penuh warna warni jersi sepanjang aktiviti, yang menjerit-jerit tolak tepi sebab kalau nak cerita pemain dalam gelanggang pun boleh mental dan terkejut dengar dorang menjerit tapi kalau takde dorang yang sangat mersa alam tu aktiviti tak meriah pulak.


Sepak mula bermula sekitar 9:30 pagi, sepatutnya pukul 9:00 pagi tapi biasalah, nak-nak ada yang datang dari luar kawasan dicampur pulak dengan sesat dan sebagainya. Team gua dalam group C untuk gelanggang 2 bersama group D, jadi untuk group A dan B main gelanggang 1. Ahamdulillah kami mengungguli group C dengan mengumpul 7 mata selepas 4 perlawanan kumpulan, ini melayakkan kami ke perlawanan suku akhir.



Perlawanan suku akhir bermain di gelanggang besar, gelanggang Fifa, masa perlawanan juga dipanjangkan sedikit dari 5 minit kepada 7 minit setiap half. Diperingkat suku akhir kami menerima lawan dari company Lumut, Ramlee FC yang merupakan naib juara peringkat kumpulan D. Pada awal permainan, keputusan nampak positif dengan kami mendapat kelebihan gol pada awal-awal permainan sebelum kami ketinggalan 1-2 pada separuh masa kedua. Setelah melakukan come-back kami bertuah mendapat 2 lagi gol sebelum menang 3-2 dan melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir.


Di peringkat separuh akhir perlawanan kembali tenang dan tidak se-agresif pada suku akhir, permainan kami agak teratur dan dapat mengawal sepenuhnya perlawanan itu. Dari penguasaan itu kami menang dengan jaringan 2-0 dan melayakkan diri sekali lagi ke perlawanan akhir. Kepenatan memang antara penghalang utama permain, setelah berhempas pulas dari pagi hingga ke petang, perlawanan akhir merupakan saat paling mencabar. Penat diketepikan seketika, apa yang perlu dilakukan adalah all-out. Kami perlu menguasai perlawanan untuk melambatkan tempo pergerakan pihak lawan selain mempraktikkan segalanya semasa latihan di dalam gelanggang sebelum ini.

Perlawanan akhir bermula dengan menjadi perhatian kepada semua pasukan diluar, dengan gelaran juara yang kami bawa pada perlawanan sebelum ini, banyak pasukan mahu kami dikalahkan. Gelaran juara yang dibawa juga sedikit memberi bebanan dan tekanan buat kami untuk mengekalkanya. Perlawanan agak seimbang dan agak berhati-hati pada separuh masa pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan, bermula separuh masa kedua permainan semakin rancak dengan kedua-dua pasukan mencari gol awal. Keadaan seakan berakhir dengan seri tanpa jaringan sebelum gua menggegarkan jaring pihak lawan pada minit-minit akhir perlawanan dan membuatkan pasukan kami OCSSKFC dinobatkan selaku juara perlawanan. Apa yang lebih manis, gua juga dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan penjaga gawang gua dinobatkan sebagai penjaga gawang terbaik kejohanan.


Alhamdulillah, hilang sekejap rasa sakit-sakit kaki masa tu. Rezeki dapat juara dan pemain terbaik, kiranya gua harumkan company gua la. Mana tahu nanti bos nak bagi gua elaun ke saguhati tambahan ke, hahaha..





1 ulasan:

pizli.mw berkata...

Sebagai pembaca blog sekali lagi: Aku Bangga. :D