Selesai sudah hari mengundi, PRU13 yang penuh drama dan emosi. Bermacam-macam spekulasi, penipuan, video-video, gambar-gambar, semuanya tentang PRU13. Saya lahir di Kuala Lumpur, menetap di Selangor kampung di Perak. Saya seperti rakyat lain, mempunyai parti dan pandangan sendiri, sentiasa meneliti dan mengkaji keadaan semasa. Keputusan sudah pun diketahui, ada yang menang dan ada yang kalah, inilah adat. Saya juga seperti yang lain, mempunyai pendapat dan pandangan selepas keputusan PRU13.
SELANGOR
Seperti yang semua tahu Selangor dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti kerusi parlimen dan dun yang besar mengalahkan seteru mereka Barisan Nasional, ramai juga yang tahu majoriti kerusi yang dimenangi di Selangor adalah dari PAS diikuti PKR dan DAP. Dari keputusan majoriti itu, ia membolehkan teraju PAS dinobatkan atau diangkat sebagai Menteri Besar yang baru. Ini juga membolehkan dasar-dasar PAS yang telah diperjuangkan selama ini dapat diterap atau diserap secara perlahan-lahan seperti yang dilakukan di negeri Kelantan tetapi ia kedengaran sebaliknya, kerusi utama Menteri Besar dikhabarkan akan dilepaskan kepada penyandang dari PKR iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan ada juga suara mengangkat nama Azmin Ali. DAP juga menyambut baik keputusan itu dan menyokong penuh mengenai status kerusi Menteri Besar itu, ada beberapa perkara yang bermain setelah perkhabaran ini di dengari. Adakah keputusan itu diluahkan pucuk pimpinan PAS sendiri atau PAS diarahkan untuk memberi ruang kepada penyandang Menteri Besar atau kepada parti PKR? Menurut Setiausaha Agung Pas, parti PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar di Selangor. Mengikut pada keputusan majoriti di Selangor, PAS sepatutnya boleh membentuk sebuah negeri yang berlandaskan dasar-dasar yang dijuangkan selama ini iaitu berlandaskan Islam. Pada pengamatan saya, mugkin ramai yang mahu melihat dasar-dasar PAS diterap didalam Negeri Selangor setelah keputusan PRU13 diketahui. Pada saya inilah masanya untuk PAS merealisasikan segala yang dijuangkan, bermula dari negeri ke negeri yang mendapat majoriti parti. Kegagalan itu membuatkan saya berfikir, relevan lagikah dasar-dasar PAS yang dijuangkan selama ini? Saya sendiri mahu melihat keberkesanan dasar-dasar PAS di Selangor ini, majoriti rakyat memilih PAS, tak perlu lagi menunggu di pemilihan yang lain, inilah masanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan