Melalui pengamatan gua mengenai emel dan apa yang cuba disampaikan, dia menganggapkan sambutan kemerdekaan telah pudar dari matlamat asalnya. Dari apa yang gua faham, ambang kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun ni adalah acara kita meraikan kemerdekaan yang telah kita kecapi, meraikan kemenangan para pejuang kemerdekaan, menghargai perjuangan pahlawan-pahlawan Tanah Melayu dan acara untuk kita mensyukuri kemerdekaan ini masih lagi milik Malaysia.
Pendapat gua kita sendiri yang mencorakkan acara sambutan kemerdekaan itu, bukan menunding menyalahkan mana-mana pihak mengenai slogan kemerdekaan atau mengaitkan acara sambutan kemerdekaan dengan politik atau menyalahkan acara sambutan suram dan tak meriah. Jangan mengharapkan kerajaan menyediakan semuanya setiap kali sambutan kemerdekaan tiba, jangan mengharapkan ada jet-jet atau roket-roket berterbangan diawangan membuat aksi-aksi menakjubkan baru nak cakap sambutan kemerdekaan itu meriah.
Gua mempunyai ramai kawan-kawan outdoor, kawan-kawan seangkatan mendaki gunung. Mereka meraikan sambutan kemerdekaan di puncak gunung, mendaki beramai-ramai bersama bendera Malaysia. Tidak mengeluh sambutan kemerdekaan suram atau kurang meriah, malah berkobar-kobar mendaki gunung mengerah tenaga untuk mengibarkan bendera Malaysia tinggi di puncak sempena sambutan merdeka. Ini yang gua maksudkan kita yang mencorakkan acara sambutan kemerdekaan Malaysia bukan orang lain. Acara ini bukanlah yang pertama kali bahkan sudah menjadi acara tahunan bagi mereka setiap kali menjelang 31 Ogos.
1 ulasan:
yup.. gua agree.. gua ni xde lah kisah sgt pon pasal politik negara.. x amik endah sgt pon..
tp gua x suka bila budak2 and org tua biadap dgn kemerdekaan negara sendiri... org negara lain sanjung negara mereka... kita plk ngegade nak jatuhkan.. brengsettt..
pejuang kemerdekaan zmn dulu sedih tgk perbuatan dioarg ni.. they fight wit their life nak merdeka.. cipta nama Malaysia.. cipta bendera.. tetibe org zmn skang ada hati hina sedemikian rupa..
mereka2 ni x bangga ke masa bendera Malaysia berkibar kat olympic last time?.. penat je bf gua main badminton.. haisshhh..
Catat Ulasan