Gua telah menyalakan sebatang rokok dengan hanya kerana mahu, perasaan mahu tu macam makan kerana lapar. Sedutan pertama agak kuat kerana mahukan permukaan depan rokok itu menyala penuh bagi kepuasan menghisap, nikmatnya hanya gua yang tahu. Nyalaan dibuat biasa menggunakan tangan kanan bersama pemetik api jenis Aladdin, menggunakan jari kanan lebih kuat berbanding kiri bagi menghasilkan geseran penuh untuk nyalaan. Sedutan demi sedutan bagai tiada tanda tamat, hembusan kepulan asap keluar penuh dihujung muncung. Selang seli dengan kepulan asap berbentuk O dan hembusan dari hidung, terasa kejantanannya. Sedutan yang penamat agak perlahan bagi mengelakkan bahang panas melecurkan bibir, 1 jentikan ringkas melambungkan sisa puntung rokok ke dalam longkang.
Inilah cara gua menghisap rokok, penuh dengan kenikmatan bersulam kehitaman. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, fikirkan. Ingat orang yang tersayang! He he he...
4 ulasan:
katakan tidak utk rokok :P
hisap lah selagi boleh hisap...then bile dh xbleh hisap, nnt doktor bg alat bantuan utk syg terus hisap...tapi bukan rokok tapi tong oxygen...LEPAS KAWEN BERHENTI..ATAU TIDO DKT LUAR PINTU RUMAH....sekian...RASAKAN NIKMAT HISAP ROKOK....
sila jaga kesihatan anda :-)
Nasib la laki aku xmerokok...
Aku bc cara ko merokok, rasa gerun pun ada...
Nnti dh kawen benti la merokok sian kat bini ngan anak ko
hahahhaha....nasihat ikhlas dr ibu beranak dua.
Catat Ulasan