Main Kotor

Minggu ni ada main-main kotor sikit, ada kumpulan ajak. Ada la dalam 15 orang kesemuanya, cukup la tu. Harap tak hujan sebab tak nak kotor sangat, nanti berat pula bila baju basah lenjun. Tak lama pun, cuma 2 hari 1 malam je. Mungkin ini je cara gua boleh cari duit lebih buat tampungan hujung-hujung bulan, mana tau boleh buat sampai jadi punca pendapatan tetap. 


Bukan semua yang suka permainan kotor macam ni, ada yang kata bahaya, ada yang kata tak ada masa, ada yang kata tak cukup kuat. Apa nak buat ni je minat gua selain futsal, kalau boleh jangan sampai jemu asyik dengar benda yang sama tapi gua berharap gua akan jemu dengan semua benda ni.


Oleh sebab kesibukan benda-benda macam ni gua tak suka bazirkan masa yang ada sebab tak nak nanti jadi isu, harap semua yang berdekatan dengan gua boleh faham. Famili gua, cinta gua, kawan gua, harap lu orang boleh faham minat gua. Cuma 1 gua nak bagitahu yang minat gua ni pun sebenarnya bukan sia-sia sebab boleh buat duit juga, tak la nanti ada yang merasakan minat ni hanya minat.


Jadi kepada orang-orang yang berdekatan dengan gua, harap dapat panjangkan doa agar segala perjalanan gua, aktiviti gua berjalan lancar.



2 ulasan:

[sutera kasih] berkata...

apa ka bendanya yg awk main ktor tu haha


laam x jenguk awk kan :P

Unknown berkata...

suterakasih--> panjat gunung, huhu...