Wawasan 2020 Anak Muda

Seawal pembabitan gua bekerja di dalam bilik berhawa dingin memang agak macam haram jadah, dah biasa kerja atas jalan menunggang motor hantar surat barangkali. Gua dinobatkan sebagai QC Operator di sebuah syarikat perfileman, pastinya bukan kerajaan. Kerja gua mengadap filem-filem baru yang dibawa masuk ke Malaysia untuk tayangan di panggung mahupun untuk di CD/DVD kan. Ramai cakap kerja gua best tapi jangan tak tahu untuk 1 filem gua tengok kadang-kadang tu lebih dari 10 kali, bosan. Mula-mula memang seronok, 2-3 bulan memang beronok-ronok, masuk 5-6 bulan sumpah seranah. Masa dulu darah muda membuak-buak lagi, kena tegur sikit melawan. Masuk lambat balik awal, mengular kuat, makan tengahari lama, muda la katakan.


Ada 1 tahap tu gua tertidur tengah buat kerja, filem berjalan tapi gua tidur. Dah tentu tugas gua untuk memastikan perjalanan filem itu tiada masalah seperti video calar, audio pecah, video tersekat, audia perlahan dan sebagainya. Bila tidur maknanya gua makan gaji buta, bos gua ketuk pintu pun gua tak dengar, sampaikan dia kejutkan gua. Sedar dari tidur terus kena masuk bilik bos, gua buat-buat demam. Anak muda memang banyak alasan, nak-nak bila masa kecemasan macam tu. Bila suruh balik lambat gua mula la rasa panas, cari alasan untuk mengelak. 2 tahun gua berkhidmat dalam syarikat tu, gua blah sebab gaji tak naik. Bila gua letak surat berhenti baru nak offer gua gaji naik, masa tu gua dah nekad, darah muda la katakan. Ini semua masa gua muda, makin gua meningkat naik makin gua lebih terbuka bila berfikir.


Sekarang gua terfikir pasal Wawasan 2020, gua terbayangkan kereta terbang.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

entry kali nie sangat menarik. :)