Buang sampah merata-rata, lepas tu salahkan orang itu dan orang ini. Kebersihan kan tanggungjawab bersama, mungkin akta kebersihan belum cukup berkuasa untuk menakutkan rakyat yang tak prihatin. Gua tak cakap gua ni pembersih sangat tapi sekurang-kurangnya gua tidak menyalahkan mana-mana pihak bila isu sampah ni timbul di tempat gua mahupun ditempat lain, gua fikir logik.
Contoh macam penduduk Taman Bukit Teratai ni, boleh bayangkan tak dari mana sampah-sampah ni datang kalau bukan dari penduduk taman tu sendiri. Dari gambar kita boleh lihat dengan jelas kategori sampah yang mereka buang, ada ke patut buang tilam di tong sampah yang diletak khas untuk sampah kategori sampah dapur? Logik ke nak salahkan pihak lain?
Ada cara lain yang boleh menyelesaikan masalah yang tak sepatutnya berlaku ni, buat gotong royong setempat dan kumpulkan semua penduduk bagi mengatasi masalah sampah ni. Mudahkan? Tapi kenapa tak buat? Sebabnya masa membantah memang ramai yang turun padang tapi bila masa gotong royong 3-4 orang je yang turun padang. Betul tak?
Bukan setakat dibandar-bandar sahaja masalah sampah ini timbul, ditempat-tempat tumpuan ramai seperti gunung-gunung, bukit-bukit, tempat peranginan, tempat perlancongan juga tidak dapat lari dari masalah ni. Sila tengok sini --> BKG 1 & BKG 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan