Raya, Raya, Raya

Fuh, penat gua jerit "Raya, Raya, Raya" sempena tajuk entri gua kali ni. Nasib baik boleh minum air, tak macam bulan sebelum ni. Tahun ni merupakan tahun pertama gua beraye dengan Lucy, gua tengok die pun macam suke je raya kat Perak. Steady! Kesian kat anak² buah dan sepupu² yang masih kecik sebab tak dapat duit raya dari gua, bukan kedekut tapi gua tengah saving nak kawen ni. Hahaha, gua tipu. Gua pun tak dapat duit raya gak, kira adil la tu. Lagipun sampul duit takde, tak manis la kalau gua bagi duit raya takde sampul kan? Gua nak story sket kisah raya gua tahun ni

****************************************************************
Sehari Sebelum Raya

Hebat, cukup hebat. Pasalnya gua memandu balik kampung tanpa lesen, kan hebat tu. Kelalaian gua membuatkan penumpang dalam kereta gua berdebar semasa perjalanan, selamat takde roadblock. Hari nak balik tu baru gua nak renew, sekali akak gemuk depan kaunter pejabat pos tu cakap "JPJ offline". Damn! Baru hari ni gua renew roadtax, lesen ni pun panas lagi baru lepas leminet. Hebat!

**************************************************************
Hari Raya Pertama

Bangun memang cukup awal, walaupun mate memang berat sangat. Mau tak bangun awal, kalu lambat mau kena penyapu dengan makcik gua. Kalau dengan mak gua takpe lagi sebab gua dah biasa, hebat. Air telaga pagi² tak sejuk sangat, suam² la. Sapa kate gua mandi air telage, kampung gua da maju sket dah ade air paip. Air telage buat tadah air pi jamban kat belakang umah je, hebat. Menu pagi nasi minyak beralaskan kari ayam, ni antara yang paling hebat. Baju raye gua pakai kemas tapi gua boleh terlupa beli butang baju, nasib baik pakcik gua bawak lebih. Walaupun batu butang baju tu tak sebesar ibu jari macam abang gua punye, hebat. Hujan lebat membuatkan gua tersadai di rumah tanpa mengerjakan solat Aidilfitri bersama yang lain, hebat. Tak dapat gua nak eksen dengan orang kampung, ramai yang tau gua dari Kolumpo. Hebat!

****************************************************************
Hari Raya Kedua

Gua bersama yang lain ke Pulau Pangkor, hebat. Maklum la sejak dah bergelar driver ni memang kena follow function² macam ni, walaupun memenatkan. Koyak gak la duit tapi bukan duit gua, duit bapak gua. Gua tolong habiskan je, hebat. 1 Pulau Pangkor kecoh dengan kehadiran orang Kolumpo yang ghairah macam gua, tak hebat pun. Tempat yang gua pergi, Kota Belanda. Itu sebutan baku tapi kalu orang Perak panggil Kote Belande, hebat. Selain tu, gua pergi Tokong Cina, Coral Beach, Kilang Ikan Bilis, hebat! Seronok tapi bukan gua, dorang yang seronok. Penat drive balik kampung pun tak hilang ni sambung drive pi Pulau Pangkor, balik hari de. Hebat.

*****************************************************************
Hari Raya Ketiga

Pagi² lagi abang gua ajak balik Kolumpo, tak raya langsung. Pukul 11 pagi lebih kurang, gua menekan minyak menuju Kolumpo tanpa menoleh kebelakang lagi. Walaupun mate gua di mamah ngantok tapi perjalanan gua selamat dan selesa memandangkan yang lain nyenyak tidur tanpa gangguan, hebat! Gua syak jalan jem, bajet nak ikut jalan lame je tapi gua kentalkan jugak hati ni. Walaupun kereta banyak tapi trafik lancar, lebih kurang 2.30 petang gua da sampai depan umah. Gua tengok pokok² bapak gua melompat girang menyambut kepulangan gua walaupun layu kekuningan, hebat.

***************************************************************
Hari Raya Keempat

Main PSP dengan kaum, semangat raya memang dah takde dalam diri dorang tu. Hebat!

***************************************************************

Hari Raya Keempat

Gua dah start keja, damn! Juga merupakan hari kelahiran gua ke muka bumi, dah 25 tahun gua hidup. Ini memang HEBAT!!!




*Selamat Hari Raya



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

entry yg sangat panjang untuk hari raya. ow yeah......... huhuhuui.

selamat ari raye! :)

Unknown berkata...

roxy--> gigil dah lame tak menaip, sekali da menaip ni la jadinye...
hahaha..

Selamat Hari Raye...

Tanpa Nama berkata...

oish sahabat aku..
happy belated bday..
hehehe..! :D

tp ape yg aku pelik,
asal ko ckp hebat hebat hebat byk byk byk kali..???
ayat ms kini ke..??

pape pun aku suke nk cakap..
yg ko ni..
giler.. :D

p/s : suke ati aku r..

Unknown berkata...

tanpaNama--> ah ko..
baru nak wish...
xde presen ke..?
huahuahua...
anyway, thanks...

aku nak bgtau ko ni...
ko mmg HEBAT, hebat bab nak pggl aku giler...
dah sah giler la ko ni...
huhu...

suezen berkata...

tuudia.....aku raye ketiga br blk perak..duk 1 mlm..pastuh duk penang 2 mlm..then blk tuh singgah pangkor 1 mlm...br blk kl..penat2

selamat ari raye wahai bikut..open haus umah aku dtg laa..bwk lah lucy ke..lollypop ke...ape2 laa

Unknown berkata...

sue--> wah, beraye kat perak jgk?
pangkor pun pegi, best...

bile bt open haus...?