Perkara ni gua perhatikan sejak zaman gua mula² menggunakan motorsikal berkuasa 110cc lagi, semakin lama gua perhati semakin gua geram. Mungkin apa yang gua perhatikan tak menjadi masalah pada lu orang tapi sebagai pengguna jalan raya yang prihatin, gua merasakan perkara yang berlaku ni adalah tidak adil. Seolah-olah ada sifat endah tak endah dan membeza-bezakan antara 1 sama lain.
Perkara yang gua perhatikan di kebanyakan jalan² yang ada di Malaysia, di luar negara tu gua tak tau la lagipun gua malas nak masuk campur hal² global ni. Kebanyakan pengguna² kenderaan besar berstatus roda 4 dan keatas, maksudnya pengguna kereta dan keatas. Mereka seolah-olah tidak memberikan perhatian terhadap penunggang motosikal dan juga pejalan kaki, ini yang sering di suarakan penunggang² motosikal. Di himpit kereta, memotong rapat dengan motor, memecut laju ketika di lopak air hingga menyimbah penunggang motosikal mahupun pejalan kaki, tidak memperlahankan kenderaan semasa pejalan kaki melintas di "zebra crossing". Terang² zebra crossing memang tempat untuk pejalan kaki melintas
Perkara² sebegini mungkin nampak remeh bagi mereka yang berkenderaan besar, apabila di fikirkan balik ia amat membahayakan pengguna jalan raya yang gua maksudkan tadi. Gua merasakan mereka yang tidak berperikemanusiaan ini tidak pernah berjalan kaki mahupun menunggang motosikal, di sebabkan ini mereka tidak tahu apa yang di rasakan pejalan kaki dan penunggang ini. Gua sendiri pernah alami situasi sebegini masa gua bergelar si penunggang, ini membuatkan gua lebih prihatin semasa gua memandu.
Gua merasakan, oleh kerana ketidak berperikemanusiaan ini membuatkan ramai penunggang motorsikal dan pejalan kaki terlibat kemalangan yang turut melibatkan kematian. Gua ingin tekankan di sini, gunakan kemudahan di dalam kereta seperti cermin pandang belakang, cermin sisi, "signal", brake untuk membuat sebarang pertukaran lorong mahupun memotong kenderaan lain. Beri perhatian kepada pengguna² jalan raya yang lain terutama pejalan kaki dan penunggang motorsikal. Lesen boleh beli tapi undang² kena belajar!!
p/s:- gua marah ni!!
4 ulasan:
ceit...aku pernah kuyup sebab lori bawak laju langgar lopak air..ngeh~
sb dorag besar sb tu diorg xingat kita yg naik moto nie..
leyna--> pemandu lori memang suke kena maki...
mmg bikin panas kalau terkena air dari lopak...
damn...
:D
amy--> ade ubi ade batas...
;D
Catat Ulasan