Kaitan hobi dengan hal lain

Kena ada yang tak faham pasal hobi yang kita buat, memang susah nak terangkan, contoh macam hobi gua yang suka menggunung, masuk hutan. Orang luar anggap hobi merepek, membazir duit beli barang-barang yang mahal, bahaya ada mistik-mistik (hantu), buat sakit badan je, macam-macam lah dorang cakap. Lu terangkan la macam mana sekali pun, tetap susah dorang nak faham, tetapi dalam pada dorang tak nampak tu ada benda yang gua bawakkan dalam hal lain melalui hobi gua.

Contoh masa di kampung haritu, dalam kepala gua memang dah set nak bawak barang-barang hiking & camping gua balik kampung sekali, gua bawak hammock, fly & ground (canvas), tali dan lain-lain. Selain tu gua bawak sekali ilmu yang gua dapat sepanjang gua menggunung, kerja kampung ni berkait juga dengan ilmu hutan. Lu orang ingat senang ke nak hidupkan bara api nak bakar ikan? Kalau gua tak belajar masa menggunung dulu mungkin gua gigil lagi nak hidupkan api. Lu orang ingat senang ke nak setup pondok untuk bersantai bersama famili? Kalau tak kerana pengalaman gua dalam menggunung mungkin gua bebal lagi nak setting pondok. Orang yang tak faham pasal hobi gua memang tak nampak kaitan hobi dengan hal-hal macam ni


*Orang yang dalam gambar dibawah semua dah faham hal hobi gua, gua harap orang yang tak faham baca entri ni



Hammock

Santai ala kampung & camping

Hammock (buian) - Berebut-rebut nak baring dalam hammock

Fly (atas) Ground (bawah) - Berguna buat bumbung dan alas pondok



Hari-hari Hari Raya

Raya punya pasal, semua masalah tolak tepi, gembira je masing-masing, gua nampak semua amalan yang baik-baik je, semuanya okay je. Kan bagus kalau hari-hari hari raya, gua rasa mesti masing-masing takde masalah, kalau ada masalah pun muka boleh senyum, mesti aman je. Selamat hari raya geng, ada salah mohon ampun, insyaALLAH gua tak buat salah lagi.








Ramadan tiba

Alhamdulillah berjumpa ramadan lagi, gua yakin ramai yang berazam macam-macam, nak terawih penuh, nak jimat belanja, nak kurus, nak memasak, tak nak membazir. Sama la dengan gua, normal kot manusia suka berazam-azam. Setakat ni tekak tak mengidam apa-apa lagi, biasa je cuma gua nak main masak-masak kat rumah tapi tak tau nak masak apa. Sebelum gua buat lu orang terliur cerita pasal makan baik gua mohon maaf andai ada tersalah dalam masa gua berblog ni, tersalah taip atau terasa hati dengan entri gua. Harap-harap puasa kita tahun ni yang paling mantap, yang paling mendapat keberkatan, insyaALLAH.

Ni gua selit sikit iklan tidak berbayar, kalau ada sesiapa nak beli kuih raya Semperit/Dahlia boleh lah roger, susah nak cari semperit dahlia ni, bentuk bunga atas ade ceri merah, kebanyakan orang buat semperit biase, ni kuih raya orang dulu-dulu. Kuih raya dulu-dulu yang lain pun ada, Mazola, Makmur, Tart Nenas, kuih yang lain-lain tu gua tak fikir lagi. 


Selamat Berbuka... 

Sepah Di Buang

Berlaku dalam kehidupan, tengah manis orang sanjung lu bagai nak rak. Lu pun dengar cerita-cerita indah macam lu ni tiada tandingan, tanpa lu sedar yang lu tengah 'di hisap' . Setiap madah yang keluar lu percaya bulat-bulat, tanpa lu sedar lu 'di gula-gulakan'. 

Pada satu masa baru lu jaga yang manis lu sudah habis kena sedut, tak sampai beberapa lama lu tahu lu ni da jadi sepah yang akan di buang. Baru lu sedar madu yang lu hasil kan boleh bertahan beberapa ketika, cukup masa madah berhelah. Kata indah terus lupa, sembang kencang kalah taufan, itu semua penyedap cerita.

Jangan lupa dan jangan alpa, sudah jatuh bangun semula. Pengalaman pengajar kehidupan, yang pahit pasti ada manisnya semula. Harini lu merana mungkin esok lu berjaya, tuah manusia tiada siapa yang sangka. Bangun dan hidup semula tapi perlu lebih hati-hati, ingat pengalaman lama untuk kejayaan bukan untuk lunas dendam.

 

Peraturan Cermin Gelap Bermula 1 Mei 2015 - JPJ

Dulu tertunda, sekarang dah mai balik. Bermula 1 Mei ni hati-hati la kawan-kawan mana yang dah terlebih peraturan di tetapkan tu, kalau tak naya la kena bayar saman.





Aquaria KLCC

Cerita lama, selak-selak gambar kat phone nampak pula gambar-gambar masa ke Aquaria ni. Pendedahan awalan untuk Iman Khalish, boleh agak apa dia minat dan apa yang dia tak minat tapi dia macam tak berapa minat sangat sebab dia mengamuk masa dalam Aquaria. Bagi susu tak kena, bagi makan tak kena, dukung tak kena, jalan tak kena, tunjuk ikan tak kena, hahaha.









Sebelum berjaya

Jangan ingat dah ada perniagaan dah di kira berjaya, jangan ingat orang yang meniaga dah berjaya, jangan ingat orang dah ada kedai dah berjaya, di sebaliknya tidak. Biasalah anggapan orang, ingat dah ada bisnes dah hidup senang, nak senang bukan senang. Lebih kurang macam kais pagi makan pagi, tak mengais tak bergaji malah kena tanggung kos lagi. Nak taknak, susah senang, hujan ribut, kena juga teruskan, rezeki ALLAH itu pasti cumanya kita tak tahu bila rezeki tu datang. Kalau tak harini mungkin esok, kalau tak esok mungkin minggu depan atau mungkin bulan depan tetapi usaha kena berterusan.

Semua orang nak mewah, semua orang nak senang, semua orang nak bergaya, bagi gua kalau nak semua tu gua kena usaha, jangan harapkan orang. Labur sikit duit, labur sikit tenaga, labur sikit kepenatan, insyaALLAH ganjarannya pasti. Kita tengok orang meniaga kita rasa nak meniaga, hakikatnya kita tak tahu apa yang orang tu lalui. Mana yang rasa gua hidup senang dengan bisnes kecik yang gua ada ni, gua nak bagitahu bukanlah semudah tu nak uruskan. Ada rezeki ada, takde rezeki memang kepisangan, dengan panas, dengan hujan, dengan lapar, dengan haus, itu yang orang lain tak tahu dan ramai juga yang terlupa itulah cabaran nak maju. 

Rezeki ALLAH luas, kalau tak dapat di darat cuba di laut, kalau tak dapat di bandar cuba di hutan, kalau tak dapat pada waktu siang cuba waktu malam. Gua cuba mencari di setiap tempat, walaupun sikit ia cukup mematangkan fikiran, walaupun sikit ia cukup mengenyangkan, walaupun sikit ia cukup menggembirakan. InsyaALLAH rezeki gua rezeki orang lain juga, semoga gua tak lupa prinsip ini.