Peraturan Cermin Gelap Bermula 1 Mei 2015 - JPJ
Dulu tertunda, sekarang dah mai balik. Bermula 1 Mei ni hati-hati la kawan-kawan mana yang dah terlebih peraturan di tetapkan tu, kalau tak naya la kena bayar saman.
Aquaria KLCC
Cerita lama, selak-selak gambar kat phone nampak pula gambar-gambar masa ke Aquaria ni. Pendedahan awalan untuk Iman Khalish, boleh agak apa dia minat dan apa yang dia tak minat tapi dia macam tak berapa minat sangat sebab dia mengamuk masa dalam Aquaria. Bagi susu tak kena, bagi makan tak kena, dukung tak kena, jalan tak kena, tunjuk ikan tak kena, hahaha.
Sebelum berjaya
Jangan ingat dah ada perniagaan dah di kira berjaya, jangan ingat orang yang meniaga dah berjaya, jangan ingat orang dah ada kedai dah berjaya, di sebaliknya tidak. Biasalah anggapan orang, ingat dah ada bisnes dah hidup senang, nak senang bukan senang. Lebih kurang macam kais pagi makan pagi, tak mengais tak bergaji malah kena tanggung kos lagi. Nak taknak, susah senang, hujan ribut, kena juga teruskan, rezeki ALLAH itu pasti cumanya kita tak tahu bila rezeki tu datang. Kalau tak harini mungkin esok, kalau tak esok mungkin minggu depan atau mungkin bulan depan tetapi usaha kena berterusan.
Semua orang nak mewah, semua orang nak senang, semua orang nak bergaya, bagi gua kalau nak semua tu gua kena usaha, jangan harapkan orang. Labur sikit duit, labur sikit tenaga, labur sikit kepenatan, insyaALLAH ganjarannya pasti. Kita tengok orang meniaga kita rasa nak meniaga, hakikatnya kita tak tahu apa yang orang tu lalui. Mana yang rasa gua hidup senang dengan bisnes kecik yang gua ada ni, gua nak bagitahu bukanlah semudah tu nak uruskan. Ada rezeki ada, takde rezeki memang kepisangan, dengan panas, dengan hujan, dengan lapar, dengan haus, itu yang orang lain tak tahu dan ramai juga yang terlupa itulah cabaran nak maju.
Rezeki ALLAH luas, kalau tak dapat di darat cuba di laut, kalau tak dapat di bandar cuba di hutan, kalau tak dapat pada waktu siang cuba waktu malam. Gua cuba mencari di setiap tempat, walaupun sikit ia cukup mematangkan fikiran, walaupun sikit ia cukup mengenyangkan, walaupun sikit ia cukup menggembirakan. InsyaALLAH rezeki gua rezeki orang lain juga, semoga gua tak lupa prinsip ini.

Janda Baik International Rainforest - A0006
Sesi ulang belakang atau #throwback, blogspot pun gua hash-tag juga. Bulan tiga haritu gua join trail running Janda Baik, running pembukaan di tahun 2015, niat tahun ni running trail je, tak mau marathon. Sambil-sambil beraktiviti gua bawa sekali family kecik gua, bagi bau-bau hutan sikit. Konsep ala camping, khemah, sungai, basic je lah sebab anak gua kecik lagi, wife gua pun bukan biasa camping-camping ni. Ini sesi pengenalan aktiviti outdoor buat wife dan anak gua, lepas ni gua perkenalkan sesi yang lebih dalam sikit, at least boleh tahu macam mana hidup dalam hutan, boleh juga tahu susah senang gua cari makan dalam hutan.
Trail running gua sukses tanpa kecederaan, trail running ni biasa la, lari jalan raya sikit, lari hutan sikit, lari naik turun bukit sikit, lari redah sungai sikit. Sikit campur sikit campur lagi sikit ada la 21 km gua lari, akhirnya dapat la medal finisher dengan t-shirt.

Ujian
Ujian hidup ni datang takde hint, kadang-kadang tak tau pun tengah kena uji. Bila dah tersepit, terseksa dan ter ter lagi baru la sedar yang sedang di uji, peringatan untuk diri sendiri. Ujian bukan masa susah je, masa senang pun sebenarnya ujian juga, gua pun kadang-kadang terlepas pandang. Biasalah manusia, asyik dan selesa sangat sampai terlupa.
Kalau lu rasa lu sorang je kena uji, lu silap. Kalau lu tengah kena uji ini bermakna orang rapat dengan lu juga sedang di uji, macam tak percaya je. Contoh macam ni, gua demam bermakna gua sedang di uji, turut di uji bini gua sebab dia nak kena jaga gua, dia kena layan kerenah demam gua, ujian untuk dia. Sama juga kalau bini gua demam, dia sedang di uji dan gua juga sedang di uji, orang rapat juga di uji. Contoh lagi, gua MC sebab demam, kawan sekerja kena back-up kerja gua kat opis, ujian buat dia.
Ujian tak berat, sebab ujian pada kita ni sebab ALLAH tahu kita mampu hadapi ujian tu, hadapi jelah dengan tenang dan sabar. Tengah hadapi ujian tu jangan lupa asas kita, jangan lupa tanggungjawab kita, jangan lupa asal kita, semoga kita tak lupa semuanya. Untuk bini gua yang sedang menginap di hospital tu, semoga cepat sembuh dan tabah hadapi ujian, penyakit tu penghapus dosa InsyaALLAH.

Langgan:
Catatan (Atom)