Gemilang Futsal

Sudah lama gua berfutsal, bermula dari suka-suka dan hobi semata-mata. Kemudian menjadi serius dengan menyertai pasukan-pasukan futsal, menyertai kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Semakin serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pernah menubuhkan pasukan futsal sendiri tetapi akibat tekanan dan komitmen yang tinggi pasukan itu terpaksa dikuburkan. 

Sukan futsal gua tidak terhenti disitu, gua semakin serius berfutsal. Mula menyertai pasukan futsal mewakili tempat kerja, sering mengadakan perlawanan persahabatan bagi memantapkan keserasian berpasukan dan mengukuhkan stamina. Sering juga bermain untuk pasukan lain dan mendapat jemputan dari pasukan luar untuk bermain bersama, perlawanan persabahatan dan perlawanan di kejohanan futsal. 

Bagi gua serius dalam sukan ini tanpa sebarang kejayaan membuatkan gua kadang-kadang rasa jatuh dan merasakan semuanya sia-sia tapi ini semuanya salah kerana kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih, fokus dan jangan cepat mengalah. Minat gua yang mendalam terhadap sukan ini membuatkan gua terus berusaha dan tingkatkan kemahiran gua dalam berfutsal.

Penantian dan usaha gua akhir membuahkan hasil, satu per satu kejayaan datang. Kejayaan ini datang bersama-sama pasukan tempat kerja yang gua wakili, SKPB FC (Sapura Kencana Petroleum Berhad FC). Kejayaan pertama hadir pada Kejohanan Futsal Oil & Gas AVEVA 2012, SKPB FC menjadi juara keseluruhan. Ini merupakan kejohanan pertama yang disertai SKPB FC dan ianya membuahkan hasil setelah sekian lama membuat latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan setiap minggu.



Kejayaan kedua hadir di kejohanan terbesar yang menawarkan hadiah yang lumayan dan mendapat penyertaan besar, di kejohanan Petroleum Futsal League 12, SKPB FC sekali lagi menjadi juara keseluruhan setelah berhempas pulas selama 7 minggu mengharungi saingan yang berkonsepkan liga dan mata. SKPB FC menerajui liga sejak minggu pertama kejohanan sehingga ke minggu ke tujuh, ternyata tekanan selaku peneraju liga amat tinggi selain terdapat masalah komitmen para pemain. Segalanya diharungi secara tenang dan akhirnya ketenangan itu membuahkan hasil yang amat besar. 



Apa yang membuatkan ia lebih manis adalah, gua dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 15 gol sepanjang kejohanan berlangsung, dengan itu gua dianugerahkan piala Golden Boot sebagai ganjaran. Ianya memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga, bukan sahaja bergelar juara malah menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Rakan pasukan banyak membantu saya sehigga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak, penghargaan untuk mereka juga.



Kegembiraan menjuarai kejohanan besar itu tidak terhenti disitu kerana ia diikuti dengan kejuaraan ketiga iaitu pada kejohanan Asian Geos Futsal 2012, sekali lagi SKPB FC bergelar juara kejohanan. Walaupun kejohanan ini agak kecil dari sebelumnya, kepuasan bergelar juara tetap dirasai. Menyandang status juara pada 2 kejohanan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pemain pada kejohanan itu, pengalaman bermain dalam tekanan pada kejohanan sebelumnya digunakan sebaik-baiknya untuk mengharungi kejohanan dan seterusnya menjuarai Asian Geos Futsal 2012.



Semuanya hadir pada tahun 2012, gua menganggap tahun 2012 adalah tahun paling berjaya gua dalam sukan futsal. Ini akan gua jadikan sebagai pendorong dan semangat dalam mengharungi kejohanan futsal pada tahun 2013 dan tahun seterusnya, diharapkan lebih banyak kejayaan yang bakal gua kecapi.




Terperam

Sejak kebangkitan Harimau Malaya ni, gua pun rasa terbangkit nak kemaskini blog sampah gua ni. Lama dah rasanya tak bercinta dengan biskutmarielemau.blogspot.com ni, ada ke yang tertanya-tanya mana gua hilang? Hahaha...Tak hilang kemana pun, cuma buat-buat sibuk dengan aktiviti luar pintu. Biasalah bujang, masa inilah nak beraktiviti pun.

Gua nak bagi tahu ni, gua dah 9 bulan tak merokok. Kalau ibu mengandung dah keluar anak dah, walaupun rasanya tak sama macam ibu mengandung tapi ini kejayaan paling besar dalam hidup yang gua pernah kecapi. Hidup gua tanpa rokok tapi masih dibelenggu asap rokok kawan-kawan.