Habaq mai kat chek meh

Bermula Jumaat pagi esok gua akan memulakan perjalanan gua ke Pulau Pinang @ Penang, hang pa suma tunggu chek ok. Chec mai mau jalan-jalan, makan-makan, nasik kandaq, pasemboq. Tak sabaq dah chek ni, hang pa tunggu...

Macam......(tut)

Gua diduga hebat bulan ni, gaji gua tak masuk lagi, kontrak gua di syarikat sekarang ni pun belum pasti lagi statusnya. Memang mencarut keadaan sekarang ni, gua baru lepas mencarut. Setelah beberapa panggilan gua buat, ada sinar harapan kelihatan, buat gua lebih bersemangat untuk bangun pagi gosok gigi. Tunggu jelah hujung bulan ni, oh, beberapa hari saja lagi. Menderita dah gua rasa ni, duit hutang Lucy pun gua tak bayar lagi, dompet gua dah lama tak makan nota duit 50, gua pun dah lama tak makan makanan barat yang tak masak. Gua menggigil kekeringan sekarang ni, takde duit pun menggigil tau. Duit...duit...duit....

Begitukah Cinta

Ya, drama ni membuatkan gua terbuai. Saksikan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 petang, asyik. Uhuk....

SPM lalu

Dulu gua pun amek SPM jugak, masa tu tahun 2002. Sudah 9 tahun gua meninggalkan zaman persekolahan, seluar hijau bawah kecik, baju putih bertali leher biru, amoi cantik, nasi lemak panas, bubur nasi letak taugeh, air sirap kurang manis, papan hitam kapur putih, kasut palas jazz, rambut belah tengah, minyak rambut brylcreem, sikat dipoket belakang, bas intrakota ataupun cityliner. Seronok...

Pabila larut siang

Hari ini gua sampai lambat 7 minit ke pejabat, adakah perlu gua perlu balik lambat 7 minit? Mengikut kira-kira memang wajar la kan tapi tengok la keadaan dulu, kerja pun bukan ada. Asal gua rajin je kerja takde, tu yang gua malas tu tapi mak gua pesan jangan malas-malas nanti jadi kawan syaitan. Gua taknak kawan dengan syaitan, sebab ustaz cakap syaitan buruk, tak hensem.

Jadi hari ini gua merajinkan diri mengemaskini blog gua, takde cerita saintifik pun, pakai redah je ni. Macam-macam gua fikir hari ni, nak naikkan badan, nak beli rumah, nak beli superbike, nak pakai kereta BMW. Dahsyat angan-angan gua ni, berat rasanya. Orang cakap angan-angan biar gempak baru ada semangat sikit nak terus maju, kan?

Cerita, cerita gak kalau takde usaha tak kemana pun, kan? Gua nak sambung berangan dalam toilet jap, nanti gua dapat ilham baru gua kemaskini lagi ye. Harap-harap toilet tak full house, ok dah tak tahan da ni.

Kejumaatan

Warghhh, menguap tak berenti dari lepas makan tengahari tadi. Bukan mengantok tapi kurang oksigen, gamaknye. Berjalan mundar mandir sambil tangan masuk kocek seluar gua berfikir dan terus berfikir, susah nak buat keputusan. Gua pekena rokok, sebatang, 2 batang, 3 batang. Tak juga buat keputusan, tiba-tiba sedang gua berjalan sambil menundukkan kepale gua tersadung bonjolan dilantai. Yes, esok gua cuti. Gua buat keputusan untuk apply cuti, AL. Kalu tak apply gua bajet nak EL je, ok semua selamat hendaknye.

Dam dam dum, bunyi mercun....

Pastikan

Mula je gua bangun tido gua akan pastikan taik mata dibersihkan, jarang sekali gua menguap tutup mulut. Lepas sesi membersihkan mata gua akan pastikan yang gua mencapai tuala yang kering, kalau basah gua tak selesa nanti. Dalam bilik air gua akan pastikan gua memberus gigi dulu, takut nanti terlupe pulak. Sebelum mula mandi gua akan pastikan kepale gua dibasahkan dulu, ini bagi mengelakkan gua kesejukan ditahap melampau.

Selesai mandi gua akan pastikan rambut gua kering, gua tak suka air menitik-nitik dari rambut. Kering badan kena lap gua akan pastikan gua memakai seluar yang telah digosok sterika panas, dan yang paling gua akan pastikan seluar gua di zip rapat. Gua juga akan pastikan baju kemeja gua dibutang kemas dan mengikut urutan selain dimasukkan dalam seluar dengan cermat dan gua akan pastikan pas kerja tergantung cantik dileher.

Selesai berpakaian gua akan pastikan motosikal 2 roda gua dipanaskan enjinnya selama hampir 5 - 10 minit, baru tunggangan gua nanti selesa. Sebelum tunggangan gua akan pastikan topi keledar disarung dan diikat kemas tanpa memberi gangguan pada rambut gua yang ala justin bieber ni, jangan gelak. Sebelum meneruskan perjalanan gua akan pastikan pintu pagar rumah gua ditutup rapi tanpa rasa malas dan iri hati, elak rumah dimasuk pencuri.

Dalam perjalanan yang menyejukkan bersama motosikal, gua akan pastikan meter tidak melebihi 100 kmh bagi memastikan perjalanan gua lebih selamat dan sukses. Setibanya di tempat kerja gua akan pastikan motor gua dikunci ketat dan padat, mengelakkan topi keledar gua dicuri buat kali kedua. Gua juga akan pastikan langkah gua disusun rapi bagi menjage reputasi sebagai bujang terang tang tang, baru market tak jatuh.

Setibanya gua di pintu pejabat untuk sentuh pas kerja gua PASTI lewat, lewat dan lewat. Ini kerana gua terlalu pastikan apa yang gua buat, gua pasti.

Pakcik gian

Klik gamba untuk gambaran yang lebih jelas


Dah takde bende lain kot lu nak search, baik search resepi memasak ke, search cara-cara nak gali kubur ke. Adus, macam ni punye orang pun ade

Nasi Goreng Bujang

Tumbuk cili hijau dan bawang untuk ditumiskan
Tumiskan cili dan bawang yang ditumbuk tadi dan masukkan garam secukup rasa, tumis hingga warna bertukar kekuningan
Akhir sekali masukkan telur dan gaulkan sekali dengan nasi hingga rata


Inilah yang akan gua buat kalau takde sape kat rumah, nak-nak bila masa lapar. Takde pilihan lain, terpakse masak sendiri. Orang bujang macam gua makan tak memilih, asalkan kenyang sudah. Kan? Bolehlah mencuba resepi nasi goreng bujang gua ni


Matahari naik



Jarang gua jumpa matahari naik, biasalah orang bujang mana bangun pagi. Asal bangun je matahri da terpacak atas kepala, mujur terpacak kalau bangun matahari da terbenam? Lagi haru.


Pagi Ahad lepas gua menyaksikan matahari naik di atas puncak Bukit Broga, ini merupakan kali pertama gua sampai di Bukit Broga. Cerita lebih-lebih klik SINI

Beli hilang, beli hilang

Memang malas gua nak cerita benda remeh-temeh macam ni tapi kerap sangat berlaku, gua dah tak boleh tahan dah. Geram, marah, bengang, macam-macam perasaan gua rasa. Gua beli pakai duit sendiri kot, hasil titik peluh gua tu.

Tolong la jangan rembat lighter gua lagi, gua dah tak tahan da ni asyik beli lighter baru je. Asal lepak minum je lighter hilang, asal lepak je hilang. Sebulan dekat 3-4 biji lighter gak la gua beli, kali dengan seringgit, tak ke 4 hengget gua perabis. Kos kerugian tu, haih..

Salah siapa?

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang, ketika waktu puncak. Keadaan trafik mula sesak ↑
Ketika ini kejadian baru saja berlaku, 2-3 minit ↑
Perkara sebegini dapat dielakkan sekiranya lori terbabit tidak meletakkan kenderaannya di bahu jalan
Keadaan van dan pemandunya yang parah, semoga pemandu berada dalam keadaan baik ketika ini ↑
Kira-kira 15minit selepas kejadian, pasukan penyelamat bomba tiba membantu mangsa ↑


Kalau dah namanye malang memang takkan berbau tapi kalau dikaji menggunakan akal yang waras dan keras ternyata kesalahan 100% diletakkan pada syarikat lori (putih) & treler (biru) terbabit. Sudah ternyata dibahu jalan bukanlah tempat meletakkan kenderaan, yang hairannya kenapa tiada pihak berkuasa terutamanya pihak polis (bahagian trafik) megambil tindakan sebelum kejadian malang ini berlaku?


Sedang kan pihak polis sering melakukan sekatan jalan raya diseberang jalan yang jaraknya tidak sampai 100 meter dari tempat berikut, jika tindakan undang-undang awal dibuat pihak berwajib pasti kejadian malang seperti ini tidak berlaku atau dapat dicegah.

Malu terbalik

Perasaan malu yang terbalik, terjadi dalam hidup dan diri kebanyakkan manusia. Sepatutnya kita malu tapi kita tidak melakukanya, sepatutnya kita tak perlu malu tapi kita melakukannya. Bukan nak merepek tapi memang betul pun benda ni jadi, kadang-kadang jadi kat gua.

Jangan cakap la tak jadi dalam hidup dan diri lu orang, walaupun kadang-kadang orang cakap hipokrit ada kebaikannya tapi tu kadang-kadang je. Sebelum gua bagi contoh malu terbalik ni gua nak nyatakan disini walaupun MU kalah dengan Liverpool baru-baru ni tak bermakna gua akan berpaling tadah kepada Arsenal. MU tetap dihati.

Berbalik pada malu terbalik tadi, contohnya macam ni. Kebanyakkan kita tidak malu melihat gadis seksi yang mendedahkan betis, paha atau sebahagian daripada buah dadanya. Itu kalau yang sebahagian macam mana yang dah macam nak terkeluar tu? Faham-faham je la kan, dengan mata yang tak berkelip, dengan dada berdegup kencang ada juga yang kadang-kadang tu berilusi ntah kemana.

Sebaliknya malu apabila melihat pak imam yang lengkap berbaju melayu dan berserban berjalan didepan kita, siap menundukkan muka lagi tanpa cuba melihat wajah pak imam. Biasalah tu kan, dunia. Gua tak fokuskan kat lelaki je, perempuan pun ada. Ada juga yang suka tengok bontot lelaki, takyah la nak tipu.

p/s: Orang belanja takkan nak tolak?

Buat hal lagi

014-2357488, abaikan no phone ini dimasa akan datang ↑

1 pesanan ringkas (SMS) yang mendebarkan, masuk ni dah kali kedua gua menerima SMS berbaur mengiurkan. Nasib iman gua masih teguh dan utuh, klik link NI


BKG?

BKG buat kerja amal, nak tau lebih lanjut pasal BKG bole klik

Kaki kamera

Bukan kaki ratod tapi tripod ↑


DSLR gua bernama Canon 1000D akhirnya mempunyai kakinya sendiri, tripod ini dibeli di Canon KLCC. Kebetulan sebenarnya, gua anta kamera gua kat situ sebab dia ada masalah Auto Focus (AF). Hampir seminggu menunggu kamera gua siap dibaiki, masa amek kamera terpandang tripod untuk kamera. Berkenan dan terus beli, bukan gua yang beli tapi ehem ehem gua yang belikan untuk gua. Untung bukan? Ya gua memang untung, bukan tu je siap remote untuk kamera lagi. Lepas ni senang sikit kerja gua kalau nak amek gamba, kalau ada sesiapa nak photographer boleh hallo gua. Gua beginner je, masih lagi dalam proses pembelajaran.

Bubba Gump Restaurant

Bubba Gump Shrimp Co, The Curve Damansara ↑
Starter, Onion Ring (kiri) & Hush Ups (kanan)
Menu utama pilihan gua, Crazy Cajun Chicken ↑


Beralih arah ke makanan barat, Bubba Gump. Pertama kali mencuba, destinasi di The Curve Damansara. Di Bubba Gump menu wajib & menu utama adalah udang, sesuai bagi peminat udang. Selain udang sebagai menu utama ada juga disediakan makanan berasaskan ayam & daging, selain makanan yang menyelerakan restoran ini juga direka dan dihias unik dan menarik. Selain makanan dan minuman di Bubba Gump ini juga dijual barang lain seperti baju T-Shirt dan topi Bubba Gump sebagai kenang-kenangan.

Diskaun saman

Gua tau semua tengah kelam kabut semak saman, bayar saman, cari duit nak bayar saman dan sebagainya yang berkaitan dengan saman. Sampai ada yang amek half day, cuti, EL, macam-macam lah. Kelam kabut rakyat dibuat polis, kenapa tak buat setahun 2 kali diskaun? Macam SALE kat shopping mall tu, mesti semua macam senang hati je nak bayar saman.

Ni lain lak cerita, rata-rata kat kedai mamak semua duk tengah becerita pasal saman ekor. Ramai yang tidak puas hati, macam tak logik saman tu. Macam mana kalau kereta tu pakai no plat yang sama sedangkan kereta asal tak bergerak pun, benda boleh jadikan? Logik ke saman ekor tu?

Ni lagi 1 cerita, mak gua baru lepas talipon, suruh gua semak saman dan bayar saman. Tarikh tutup bayar saman dari mak gua adalah harini, polis, mak, mak, polis. Gua pilih mak gua...

Restoran Half Moon, Serdang Perdana

Restoran Half Moon - Yemeni @ Arabic Cuisine
Antara menu-menunya ↑
Makanan yang menjadi pilihan ramai ↑
Menu gua, kebab ayam RM10.00


Restoran ni terletak berdekatan dengan TC Inn Hotel Serdang Perdana, dekat dengan South City Plaza, hampir-hampir dengan Restoran Sibil. Makanan ala Arab juga, memang terbaik, harga berpatutan sesuai dengan pekerja kontrak macam gua.


Makan tengahari gua harini Chicken Kabab, tu dalam menu dia la, sebutan masih lagi Kebab Ayam. Gua bilas dengan Apple Juice atau bahasa pasarnya jus epal, memang pure epal tak pakai kordial. Puas hati, jumlah perlu dibayar RM15.00 sahaja.


Restoran ni terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian pertama tak berhawa dingin, bahagian kedua berhawa dingin. Kepada perokok boleh duduk kat bahagian 1 tu, kepada makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang ada sakit jantung atau alah asap rokok boleh duduk bahagian 2. Sila lah cuba ye.