Kembali

wa sudah kembali, banyak celita yang wa nak stoly sama lu olang-

Cultural Night

agak giler tema dinner family day opis gua ni, apa gua nak pakai? Jawa? Punjabi? ini sume keje giler la- buat la tema Movie Star ke, bole la gua pakai underware kat luar macam Batman- tolong gua fikirkan ape baju tuk tema dinner tu nanti, tolong erk? gua nak pegi muhasabah diri jap

Marathon yang menyejukkan






gua merasakan ini adalah kerja giler, pasalnya gua tak pernah melakukan perkara yang sedemikian sepanjang hidup gua dan gua tak pernah membayangkan untuk melakukannya- ape pun semuanya dah terjadi dan yang pasti memang enjoy- perkataan "enjoy" bukanlah untuk cover lain atau nak sedapkan hati sesiape, memang betul-betul dan sangat enjoy- thanks untuk orang yang berkenaan yang buatkan gua rase sangat jakun bile masuk wayang Gold Class, kerusi boleh turun naik beb siap ade selimut lagi- gua pendek cerite, gua melalui Movie Marathon Sabtu lepas- 3 movie dalam 1 mase, bermula 5 petang berakhir pade 12 tengah malam lebih kurang- gigil usah cerite la kan, abes kecut segale isi dan kulit gua- lain kali bawak sweater k



hidup susah mati pun susah

sebab-sebab gua susah nak berhenti merokok:

1- kalau gua berhenti merokok, siapa lagi yang nak beli rokok kat kedai Tipah, mane dia nak dapat untung meniaga?

2- kalau gua berhenti merokok, lepas makan gua nak hisap apa? mengigil beb kalau tak hisap rokok lepas makan, maknenya kesihatan gua akan terjejas nanti

3- kalau gua berhenti merokok ,time berak nanti gua nak hisap apa? confirm tak lawas, ni juga salah 1 boleh menjadi masalah kesihatan kat gua

4- kalau gua berhenti merokok, nanti mak gua nak marah sape? kesian mak gua nanti tertunggu-tunggu nak marah gua pasal hisap rokok

5- kalau gua berhenti merokok, macam mana pulak dengan member² gua yang suka minta setengah bila gua start nyalakan rokok, kesian kat dorang


*sebab-sebab ni lah gua masih berkira-kira untuk berhenti merokok, pening kalau difikir-fikirkan

Mengenali & Dikenali

gamba ditahap tidak berkualiti, sebabnye gua zoom terlalu jauh- Eric gua tak bawak jadi gua pakai kamera HP je, soni eriksen- kejadian kat Pavillion, lebih tepat lagi kat food court atau bahase Malaysianye medan selera- tengah duk memikirkan nak makan ape, aku dikejutkan dengan kejutan- "Jimmy Choo, Jimmy Choo"- gua tersentak, "Apehal lak minah ni" getus gua dalam hati- "Kenape?" bersuara gua antara terkejut dgn marah- "Kenal tak sape tu?" sambil jari telunjuknya menuding kearah seseorang- "Sape? Tak kenal pun" jawap gua- "Tu la Jimmy Choo, pereka kasut Puteri Diana dulu" balas beliau- "Oooo, confirm ke tu die?" tanye gua- "Betul, tu die" balas beliau lagi- walaupun sebenarnye gua tak berape kenal sangat Jimmy tu dan dia pun tak kenal gua tapi gua menganggap die sebagai orang yg boleh dijadikan idola, atas sebab beliau ni berjaya di negara orang dan telah menjadi orang yang terkenal dan dihormati di seluruh pelusuk dunia- Jimmy ni pun bersikap rendah diri, sebabnye sanggup makan hanya di food court bersame family- jadi status die dgn gua tak lari jauh, sebab gua pun mkn kat food court gak cumanye gua kena lebih usaha- lepas dari pertemuaan jarak jauh tu, gua cube mengenali beliau




gambar ni bukan hiasan, ini benaran (kualiti gambar tidak memuaskan)

Masalah?

tak suke tapi kenape nak pukul? benci nape nak dera? ini semua perkare mengarut, tak perlu nak jadi sezalim tu- banyak care lain yang boleh mnyelesaikan masalah, jangan nak ikutkan perasaan dan hati yang dah memang gelap- kaki tangan bukan tuk menyepak atau memukul, "aset" dari ALLAH tu untuk membuat kebaikan, mencari rezeki mambanting tulang, itulah kegunaan sebenarnye- kalau hebat sangat memukul, mendera, menyepak cari la yang sepadan- berentap, tengok sape lagi hebat- perempuan kan insan yang lemah, mungkin pasangan ade masalah tersendiri tapi banyak care lain yang bole mnyelesaikan masalah tu-



bagi yang dah kawen kalau dah benci sangat minta cerai, tak puas hati makhamah ade- kalau masalah setakat tak tau memasak ke, tak kemas rumah ke, tak patut nak memukul- cukup sekadar nasihatkan, kali pertama tak dengar nasihat kali kedua, kali kedua tak dengar nasihat kali ketiga, kali ketiga pun tak dengar sape suh kawen dengan die- bile dah berkahwin, ini bermakne masing² dah berjanji sehidup semati- ape pun rintangan kena hadapi bersame, ade masalah selesaikan secare dalaman dulu- tak boleh settel bawak ke orang ketiga, parents ke, adik beradik ke, dato' Fadzillah Kamsah ke-



bagi yang bujang plak, baru kapel dah nak tunjuk baran- yang si perempuan ni plak ikutkan je, dah parah, dah mengandung, dah menyesal baru la nak buat repot- tuduh plak lelaki ni rogol, padahal suke same suke- time buat tak fikir lak mak bapak, polis, JAIS, JAWI bagai, bile dah terkantoi baru nak itu ini- kalau dah time bujang dah nampak tabiat buruk tiap pasangan tak yah lah nak tergopoh gapah nak kawen, buat masalah je- esok bertambah² yang kena pukul, dera, bunuh-



tapi bukan sebab ni gua tak kawen lagi, duit tak cukup duit lagi- cukup je duit gua terus on je, gua pun nak kawen gak- gua harap ketabahan dan tahap kesabaran gua ditahap yang paling tinggi- gua yang bernick name kan biskutMARIE mengutuk sekeras-kerasnye siPENDERA, siPEROGOL dan siPENJENAYAH yang lain, ingat pembalasan tuk lu orang tetap ade walaupun lepas dari pembalasan di dunia-

Penantian gua berbaloi

gambar sekadar hiasan belake


mood gua kembali ceria, nak menjerit tapi segan, nak melompat tapi takut orang marah- gua tengah gembira, senyuman gua tak putus² sejak semalam-











*ape yang membuatkan gua gembira??