Kahwin punye cerite
Padat
Sejak akhir-akhir ni hujung minggu gua sangat padat dengan majlis kawen, sane kawen sini kawen. Minggu ni aje ade 2 majlis kawen, minggu depan pun same dan berlarutan ke minggu² seterusnya. Bukan takat sekitar lembah Klang malah sampai ke Utara semenanjung, begitu padat hujung minggu gua. Dari majlis² tu boleh la gua asah bakat gua menggunakan Eric yang gua baru beli, lu orang kenal tak Eric gua? Takpe nanti lu orang akan kenal jugak dengan Eric gua tu, die 'rakan' baru gua. Tenggiling lu orang da kenal, Lucy pun lu dah kenal. Nanti berkenalan lah dengan Eric gua pulak ye, Lolipop lu orang nak kenal tak? Ni pun baru gak, Lolipop gua tak manis tapi comel (perasan plak die nanti).
-nanti gua upload gamba² terbaik hasil tangan gua menggunakan Eric
-nanti gua upload gamba² terbaik hasil tangan gua menggunakan Eric
Dirimu Aku Miliki
Impian gua akhirnya tercapai, Alhamdulillah. Perasaan gua sekarang ada sket mengelenjat, maklum la barang baru. Da lame gak gua idam benda alah ni, keterujaan nak memiliki memang membuak-buak la. Selama ni duit yang menjadi penghalang gua untuk memiliki bende ni, mungkin memang jodoh gua kat bende tu, ALLAH bagi gua sedikit rezeki untuk memiliki bende tu. Maka termakbul sudah impian gua, mungkin cita-cita gua lepas ni akan tercapai gak. Walaupun jenis dan model bende ni tak sehebat orang lain tapi memadai lah bagi gua yang boleh dikatekan tahap bawahan lagi, baru nak belajar la katekan. Lu orang tak perlu nak meneka ape benda tu, kerana gua akan upload gamba bende tu esok. Gua rase esok la, mane tau gua lupe ke kan. Tapi macam best gak kan kalu men teka-teka ni, cuba lah lu orang teka ape "benda" yang gua cakap kan tu. Apa lagi teka la, ha teka. Teka la, teka jangan tak teka
Gamba hiasan
notaberantai:- Alhamdulillah atas rezeki dan harta yang dikurniakan
Lepaskanlah
Apakah bahagia yang sebenarnya? Adakah anda bahagia? Benar-benar bahagia? Atau hanya bergembira dengan gelak dan tawa? Kebahagiaan kita selalunya membuatkan orang lain merana, kecewa mahupun iri hati. Salahkah membiarkan orang lain bahagia? Salahkah orang lain ingin bercinta setelah lama merana menghadapi pahit dalam cerita hidupnya? Kenapa perlu iri hati dengan pasangan yang tengah meniti saat bahagianya? Salahkah mereka? Relakanlah kebahagian mereka, mungkin itu yang boleh membahagiakan anda. Iri hati dengan kebahagian orang lain mungkin boleh mengeruhkan keadaan sekeliling, biarkanlah. Usah dikenang perkara yang lalu, kebahagian tiada disitu. Carilah kebahagiaan yang dipilih sebelumnya, tiada lagi hari lalu. Kebahagiaan mereka usah dikecewakan, mungkin itu yang ditentukan ALLAH S.W.T.
notapenulisan:- Kecapilah bahagia dengan kebahagiaan mereka
notapenulisan:- Kecapilah bahagia dengan kebahagiaan mereka
18sx
permulaan yang baik di tahun baru, gua mengidamkan saat bersuka-ria sebegini setiap masa- gua akan ke utara pula lepas ni, tahun ni merupakan tahun melawat Malaysia bagi gua- duit habis bercuti gua takde hal, tak kawen pun tak kisah-
keceriaan ni semasa gua di Pulau Redang minggu lepas, hitam muka usah cerita- mak gua pun tengok gua 3-4 kali, antara cam dengan tak- nasib IC gua masih di dalam kedudukan yang baik, tu je penyelamat gua yang terakhir- mak gua percaye yang gua ni adalah anak kandung beliau, cuak gak gua-
gamba kat atas ni tuk tatapan je, jangan copy paste plak- tuhan marah kalau menipu, ingat tu!
notaselepasmenulis: mood gua tertinggal di pulau
Langgan:
Catatan (Atom)