Ucapan Selamat Hari Raya 2014 Paling Meletup

Kemenangan di syawal selepas ramadhan, alhamdulillah semoga tahun ini lebih berkat. Gua pun tak sepatutnya nak tunggu raya baru nak minta maaf tapi takkan la gua nak post entri hari-hari nak minta maaf. Jadi gua ambil kesempatan syawal ini nak minta maaf andai ada terkasar bahasa dalam penulisan gua, ada terasa dalam mana-mana entri gua, gua manusia normal yang selalu buat silap, mudah-mudahan selepas ini gua lebih berhati-hati dalam entri gua. Biasa gua ikut sedap je, gua pun pasti bukan ramai sangat yang membaca, jadi gua jamin tak ramai yang sakit hati bila buka blog gua ni. Selamat Hari Raya gua ucapkan pada semua semoga lebih bermakna pada tahun ni, gua juga harap maaf gua diterima, pendek cerita kira 0-0 la ye.

Alang-alang dah bercerita pasal raya ni gua belanja sekeping gambar raya, tahun lepas berdua tahun ni bertiga, alhamdulillah. Hitam merah tema katanya, tak bertema sangat pun cuma saje-saje nak memeriahkan suasana, amek mood orang kata.



Kecoh Kakak Steering Lock

Kecoh semua pasal seorang minah mengamuk pakai steering lock, siap kena troll gila-gila, gambar hitler la, gangster punya wallpaper la, video siap lagu pun ada. Ada pula masa keyboard warrior ni nak edit semua tu, kelakar memang kelakar tetapi kalau lu orang tengok lebih dalam lagi sebenarnya ada isu yang dialami oleh beberapa pengguna jalan raya. Bukan pasal mengamuk atas jalan raya tapi isu yang menyebabkan perlanggaran, isu melibatkan darah dan nyawa tu sebab kadang-kadang sampai tahap nak bertumbuk tengah jalan.





Lu orang cuba pusing kuala lumpur tengah waktu puncak, lu orang boleh buat sendiri bancian tahap kekurangan sivik pemandu kereta, paling ketara jadi mangsa penunggang motorsikal. Boleh dikatakan setiap pagi gua marah-marah atas motor dek kerana kebangang-ngan pemandu kereta, gua marah-marah bukan suka-suka. Kalau dah hon puluh kali pun buat dek je memang cari alasan nak bertumbuk la tu, kalau lepas tu angkat tangan tanda maaf ke boleh la gua terima, ni lagi buat muka selamba marah gua balik, abah dia.

Gua nak bagitahu la, kalau ada laluan motor gua akan guna laluan motor tapi kat kuala lumpur takde jalan motor, kena kongsi jalan dengan pengguna lain. Kalau lu orang biasa naik motor lu orang hanya akan guankan laluan tengah garisan putus-putus tu, jadi pemandu kereta sila take note sebab penunggang motor akan guna laluan sempit tu, jadi masa nak tukar lorong tu tolong fikir pasal motor. Apa guna kereta mewah tapi tak pandai tengok side mirror, signal canggih tapi tak pernah digunakan, ni semua ditahap mendatangkan steering lock.

Kepada akak steering lock tu gua tabik sebab lu berani sampai tahap macam tu, apa akak buat memang salah kak tapi gua tau akak puas hati kan? Kita takde ditempat kejadian, video tu pun dirakam lepas dah terjadi perlanggaran, apa yang terjadi sebelum tu kita tak tahu, mungkin ada berlaku perhimpitan nak masuk lorong, mungkin 2-2 taknak mengalah, mungkin akak tu dah hon tapi uncle buat dek, mungkin uncle hon tapi akak selambe badak, dari apa yang gua lihat ada benda yang buatkan akak tu marah sangat, kalau tak takkan la berani sangat akak tu nak buat macam tu. Gua lelaki pun takut nak buat macam tu tapi gua pernah la sepak side mirror kereta kat depan The Mines dulu, kereta foreigner. Dah sepak gua menyesal pulak, benda pun da jadi, gua tengah marah time tu, hon puluh kali buat tak reti, kaki makan dia. 


Office Safety Roadshow

Sempena nak raya ni biasalah office akan buat safety roadshow, sama macam tahun-tahun sudah. Macam biasa berkenaan keselamatan dalam rumah, maklum la balik raya berhari-hari meninggalkan rumah, jadi kena pastikan suis-suis ditutup, plug dicabut terus. Ingatkan dapat hadiah ke, voucher ke, tahun lepas dapat voucher RM50 aligment tayar, tahun ni takde pula. Rupanya company gua sekarang tengah kearah ISO 14001 dan OHSAS 18001, jadi bermacam-macam kempen la dijalankan termasuk la UCUX (You See You Act) dan Home Safety. Ada hadiah lagi safety department ni bagi, hadiah boleh tahan. Gua nak cuba Home Safety punya kempen, macam best lak sebab kena hantar video mengenai Home Safety.



Lu orang mana yang tinggalkan rumah berhari-hari masa raya nanti minta periksa rumah dulu, jangan tahu seronok di kampung je, nanti balik-balik rumah dah hangus. Pintu rumah kunci ketat-ketat, jangan balik nanti segala barang dalam rumah lesap. Beringat sebelum terlambat!


Semangat Syawal 2014

Sejak gua dah berkahwin ni gua dah duduk asing dari mak ayah, walaupun sebelah rumah je pun tapi segalanya sendiri sekarang. Bila dah duduk asing ni semuanya sendiri, merasa la apa yang mak ayah gua rasa bila dah berkeluarga. Dulu masa menjelang nak raya, maka dengan ayah gua sibuk kemas rumah, cat rumah, buat kuih raya, jadi anak-anak terkena tempias, nak taknak kena juga tolong dan kadang sampai tahap dipaksa buat. Biasalah masa tu anak-anak, memang malas la kan, ada je curi-curi masa lari taknak buat.

Sekarang ni dah berbeza, segalanya gua kena buat sendiri, masa ni gua dapat rasakan apa yang mereka rasa dulu. Boleh je taknak cat rumah, taknak kemas rumah tapi macam tak best pula nanti nak ajak orang datang rumah tapi rumah tak cantik. Sekurang-kurangnya rumah tu bercat baru, takde la kepam dan suram je. Sebenarnya takde la susah sangat mengecat ni, mungkin gua lahir dalam keluarga tukang jadi memang dah diajar untuk bidang-bidang macam ni, setakat mengecat tu memang makanan gua la, cumanya rajin atau malas.

Gua buat pilihan cat balik rumah yang kami duduk sekarang ni, dah setahun lebih duduk tak pernah bercat, cat pun dah kelabu asap, sawang pun dah ada kat sudut-sudut siling. Kalau tak raya bila lagi ye tak, masa ni je semangat nak mengecat ni sampai, semangat nak deco rumah. Gua dah mula mengecat, takde la 1 hari siap 1 rumah, gua cat perlahan-lahan, side by side, maklum la masa terhad. Kira dari mula mengecat haritu dah hampir separuh ruang tamu dah dicat, bunyi macam senang tapi banyak kerja juga sebelum mengecat tu. Nak kena alih dulu sofa, karpet, playmate anak, tolak sana tolak sini, alih sana alih sini.

Mula-mula mengecat haritu
Nanti gua dah siap deco dan cat rumah gua up lagi gambar, sekarang ni rumah agak sempit, mungkin lepas deco nampak ruang nampak besar sikit. Rumah dah cantik baru best nak ajak ramai-ramai datang beraya, lepas deco gua kena fikir pasal kuih raya pula.



Ramadhan 4

Alhamdulillah sampai Ramadhan yang ke 4 dah, semakin hampir ke Syawal, nampak tak semangat Syawal tu. Sejak dari awal puasa haritu keinginan nak masak tu membuak-buak plak, terajin lebih. Oh ye azam Ramadhan tahun ni 'berjimat cermat', kami berazam kurangkan perbelanjaan di bazar, jadi kami pilih untuk memasak je kat rumah tapi tak tahu la bertahan sampai bila. Menu berbuka Ramadhan 2 dan 3 sambal udang petai, harini cadang nak masak gulai lemak ayam, kasi kaw-kaw.

Semangat world cup makin pudar, semangat lain yang sampai ni, raya raya raya........