Tesco EXTRA Cheras, Taman Midah - Maklum Balas

Ingat lagi entri Tesco EXTRA Cheras, Taman Midah - Aduan, selepas gua buat entri tu gua terus hantar ke bahagian aduan Tesco pada 29 Julai haritu dan pada 7 Ogos lalu gau dapat maklum balas dari pihak Tesco. Gua pun takde la marah sangat, cuma nak dorang tahu apa yang pelanggan mahu. Sekurang-kurangnya dorang dapat juga tahu kelemahan sistem ataupun pekerja dorang supaya perkara macam ni tak berulang lagi. Gua copy paste apa maklum balas dari pihak Tesco ↓↓


Dear Mr. Mohd Fadli Ali Anui,

Thank you for writing to us.

We are sorry to learn that you had an unpleasant experience concerning product quality issue at our Tesco Extra Cheras store during your visit. Please accept our sincere apology for the disappointment and upset that this must have caused you.

It is our aim to provide customer with a good service each time when you visit our store. We were extremely concerned to learn that the service provided was not up to your expectation. We would like to take this opportunity to assure you that this is most certainly not our normal standard of service, and that we treat complaints of this nature extremely serious. 

We have forwarded your concern to Tesco Extra Cheras Store Manager, Ms. Christine Tan who will look into the matter that we have raised. We are confident that every effort will be made to rectify this unpleasant situation.

Once again, sorry for the inconvenience caused and thank you for bringing this matter to our attention.

Thanks & Regards
Sapna
Support Office



Syawal - Kad Hari Raya 2013

Sekejap betul masa berlalu, sekarang dah hampir ke syawal 2013, sedar tak sedar. Eh tak lupa puasa pun dah hampir sebulan dilalui, hebat dan Alhamdulillah masih berpuasa lagi sehingga ke hari ini. Jadi gua boleh beraya sebulan la, parti meriah ni. Gua ingat tahun ni gua nak buat puasa enam, nak belajar-belajar, mak gua pun pesan suruh belajar buat puasa enam, harap-harap berjaya lah, dugaan puasa pada bulan bukan ramadan ni sangat la hebat ye. Gua merasakan blog ini pasti nya senyap untuk beberapa hari jadi kesempatan ni gua nak memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca blog ni yang terasa dengan entri-entri gua, segala kekurangan gua disini adalah dari diri sendiri dan yang baik disini datang dari ALLAH S.W.T. Gua juga nak mengingatkan supaya kita lebih berhati-hati pulang ke kampung, patuhi undang-undang, mengantuk tu tidur dulu, mana yang berjalan malam tu bawa la jajan-jajan dalam kereta, pastikan kereta dalam keadaan yang baik, tayar spare pastikan di isi angin, mana yang naik kenderaan awam macam bas dan keretapi tu bawak baju sejuk, butang baju melayu jangan lupa bawa, songkok sekali, dan yang paling penting jangan lupa zakat fitrah.

Gua mendoakan semuanya berjalan lancar, semoga syawal tahun ni lebih bermakna untuk kita semua. AMIN....