Berakit-rakit dahulu...

Dah lama gua tak post pasal aktiviti luar gua, selalu post pasal menggunung tapi gua jarang menggunung kebelakangan ni. Masa untuk merehatkan badan tapi tu kebelakangan ni la, kedepan ni gua nak kembali aktif, hati ni rindu nak bergunung. Baru-baru ni gua dengan kawan-kawan yang lain sempat mencuba aktiviti 'rafting', permainan air di jeram yang seram. Seram bunyinya kan? Dah lama juga gua nantikan aktiviti ni, akhirnya berjaya juga gua laksanakan walaupun kosnya agak tinggi. Betul lah kata orang, sukan 'outdoor' ni banyak pakai duit tapi memuaskan dan berbaloi. Kalau tanya mereka yang suka sukan 'outdoor' ni mereka tak kisah pasal kos dan keluar dari zon selesa, kerana mereka ni lebih sukakan cabaran dan keindahan alam. Untuk gambaran yang lebih jelas pasal aktiviti yang gua ikuti dan lakukan ni boleh klik link dibawah...





Berdakwah

Gua melihat semakin ramai pendakwah-pendakwah bebas dalam laman sosial, paling banyak gua lihat dalam 'facebook'. Perkembangan yang positif, dari selami 'facebook' boleh juga berdakwah, meyampaikan kebaikan mengenai Islam, mengingatkan sesama umat Islam, ini sangat bagus. Bagi gua, penyampaiaan dakwah juga harus la tepat bukan sekadar 'copy & paste', fahami betul-betul isi kandungan sebelum ianya disebarkan, selidik dulu kesahihan dan kebenaran sesuatu keterangan sebelum di 'post' kan. Penggunaan perkataan-perkataan juga haruslah lembut bersesuaian dengan peringkat umur, tidak terlalu keras dan memaksa dalam konteks yang digarabkan.

Dari pengamatan gua melalui 'status' mereka, kebanyakannya hanyalah sekadar 'copy & paste' tanpa memeriksa asal usul keterangan, tanpa mengkaji kebenaran keterangan, jika berlaku kesilapan dalam keterangan ia boleh menyesatkan mereka yang terlalu taksub dengan perubahan atau peralihan mengenai Islam. Sumber keterangan juga kadang-kadang mengelirukan dan menimbulkan syak wasangka, hanya berbekalkan gambar bercirikan Islam atau menggunakan gambar-gambar orang yang berpengaruh dan seterusnya mengeluarkan keterangan-keterangan yang mungkin mengelirukan. Ada juga dakwah-dakwah yang disebarkan hanyalah berbaurkan politik, lebih kepada hasutan dan mencari salah orang lain. Bila politik dan Islam cuba disatukan ternyata politik akan didahulukan berbanding Islam, dari situ timbul lah hasutan dan sebagainya

Bagi gua, kepada pengguna yang beragama Islam, gua sarankan selidik dulu sebarang keterangan yang diterima sebelum kita mengamalkan atau mempercayai keterangan itu. Pengguna kena lebih berwaspada dan berhati-hati dalam penggunaan laman sosial yang sentiasa terbuka kepada semua warga, baik, jahat, agama, bangsa. Tak semua manusia berniat baik, tak semua manusia berniat jahat. Gua tak lah pandai sangat, lebih-lebih lagi dalam hal-hal agama. Entri gua ni apa yang gua rasakan, ini juga yang berlaku dalam 'facebook' gua, tak tahu la dalam dinding 'facebook' lu orang.


Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang

Asyik dengar cerita orang je pasal mee udang di Kuala Sepetang ni, cuti tahun baru haritu berkesempatan mencuba sendiri keenakan mee udang yang diceritakan. Paling mendapat sambutan Mee Udang Mak Jah tapi pada hari tu Mak Jah tutup jadi terpaksa menyinggah ke Mee Banjir Udang Mak Teh. Baru la gua tau kawasan tu memang semuanya meniaga mee udang, segala nama ada. Mak Jah, Mak Teh, Pak Hashim dan lain-lain.



Pertama kali mencuba mee udang, rancangan nak merasa mee udang ni dari Penang lagi. Dari pagi berlapar semata-mata nak melantak mee udang, dengan keadaan hujan lebat dan sesat memang menguji ketahanan mental. Lewat petang juga baru berjumpa Kuala Sepetang yang terkenal dengan mee udang ni hingga la terjumpa Mak Teh Mee Udang ni. Selain mee udang ada juga nasi goreng udang, lapar memang tahap dewa jadi mee udang satu nasi goreng udang 1. Makan ketika lapar teruk dan hujan lebat memang mengasyikkan sampai tak tahu nak cakap sedap atau tak tapi udang memang manis dan besar-besar.




Rasanya tak menghampakan la cuma nasi goreng tu kurang sikit rasa die, mee udang tu memang asyik lebih-lebih lagi letak cili api jeruk, kebas mulut kunyah cili api jeruk ni. Selain nasi goreng udang dan mee udang ni, ada juga jual makanan barat macam chicken chop, ada juga ABC dan lain-lain. Gua pun tak kaji banyak sangat pasal gerai Mak Teh ni sebab lapar telah melumpuhkan otak untuk berfikir. 


Inilah akibatnya lapar ditahap kronik, setitik kuah mee udang pun tak tinggal. Betul-betul tinggal mangkuk dengan kulit udang je, yang lain semua dalam perut. Teh tarik suam-suam masa hujan dan lepas makan memang mengembungkan tapi nikmat dia memang terbaik, rasa nak pecah perut. Cukup cerita pasal makan, gua pula yang rasa lapar tiba-tiba ni hahaha....