Katakan Tidak!

Sepi bukan kerana menyepi tapi cuma menyendiri, cuba mencari diri sendiri. Wah dah macam apa je ayat tadi tu, awalan mengemas kini yang terbaik pernah gua buat. Lama betul tak buat lu orang gila baca entri-entri pelik gua, Alhamdulillah gua masih hidup dan bernafas lagi, nyaman rasanya.


Bermenjak-menjak ni sibuk sikit tapi bukan sibuk di tempat kerja, sibuk lepas waktu kerja. Maklum lah orang penting macam gua ni memang susah sikit nak ada masa terluang, ni pun kebetulan ada masa kah kah kah. Sebenarnya gua baru turun gunung, ada rezeki jadi guider untuk peserta dari Politeknik Muadzam Shah dapat la duit sikit buat beli seluar jeans. Lepas turun gunung ada konflik dengan kesihatan, dah lama tak main hujan tu sebab gua demam. Batuk ni pun dah dekat 5 hari, tak la teruk sangat batuk ni. Jangan risau lebih-lebih la pasal gua, ha ha ha.


Akibat dari masalah kesihatan tu gua telah meninggalkan rokok, masuk hari ni dah 5 hari gua tak merokok. Tak tahu nak cakap macam mana, nak kata berhenti tak jugak, nak kata menghisap tak jugak. Tengok lah nanti, doa-doalah gua berhenti merokok. Kalau RM10 sehari gua kumpul tolak duit rokok dapat jugak simpan duit meminang anak orang, kursus kahwin pun belum pergi lagi. Bab kahwin ni taknak cerita lebih-lebih nanti ada pulak yang kecewa, he he he.


Nak cerita panjang-panjang pun tak guna, tembak tak kena. Bukan lu orang baca sampai habis pun entri ni, ok bye.



Cara Merokok

Gua telah menyalakan sebatang rokok dengan hanya kerana mahu, perasaan mahu tu macam makan kerana lapar. Sedutan pertama agak kuat kerana mahukan permukaan depan rokok itu menyala penuh bagi kepuasan menghisap, nikmatnya hanya gua yang tahu. Nyalaan dibuat biasa menggunakan tangan kanan bersama pemetik api jenis Aladdin, menggunakan jari kanan lebih kuat berbanding kiri bagi menghasilkan geseran penuh untuk nyalaan. Sedutan demi sedutan bagai tiada tanda tamat, hembusan kepulan asap keluar penuh dihujung muncung. Selang seli dengan kepulan asap berbentuk O dan hembusan dari hidung, terasa kejantanannya. Sedutan yang penamat agak perlahan bagi mengelakkan bahang panas melecurkan bibir, 1 jentikan ringkas melambungkan sisa puntung rokok ke dalam longkang. 


Inilah cara gua menghisap rokok, penuh dengan kenikmatan bersulam kehitaman. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, fikirkan. Ingat orang yang tersayang! He he he...



Hargai Wanita

8 Mac 2012 - Khamis


Menguap sampai letih, rahang terasa sakit akibat regangan yang kerap. Cuaca lembap hujan dari pagi, sejuk dan agak perlahan jalan ceritanya. Mengeluh sampai lenguh, mengadu sampai terkedu. Kesesakan jalan di pagi hari, hujan masih lagi belum berhenti bagai meraikan sesuatu. 


Ya... "Selamat Hari Wanita". Hargai wanita sekitar anda terutama Ibu, Mak, Mama, Mummy, Bonda. 

Jangan

Memakai pembesar suara telinga sambil kepala terhangguk-hangguk lalu jari ringan menekan papan kekunci, satu demi satu butang ditekan pantas seperti lancar. Dari himpunan huruf-huruf roman tertulis sebaris demi sebaris perkataan menjadi ayat, begitulah permulaannya entri gua harini. 


Berbekalkan lagu zaman kini gua cuba menyambungkan idea yang pecah-pecah dan bercelaru, lagu demi lagu berputaran tanpa haluan masuk kedalam gegendang yang menyimpan bunyi lalu menghantar isyarat ke daya fikiran. Mulut terkumat kamit mengikut gerak geri lagu beralun tanpa satu ayat pun yang tertinggal, seakan sama suaranya.


Ketika fikiran cuba menjadi pandai menggali idea, gua disapa dengan lagu Yuna - Terukir Di Bintang. Gua mengambil langkah melepaskan jari pada papan kekunci dan menyanyi dalam hati sekuat-kuatnya... Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihati ku....


Kah Kah Kah