Baju Raya




Tewah Tesco Shah Alam, tahun ni 1 keluarga besar buat baju raya sama warna. Mak bapak gua, adik beradik gua, sepupu gua, pakcik makcik gua, atok gua, sepupu gua punya laki, sepupu gua punya bini, sepupu gua punya anak, bakal menantu mak gua a.k.a bakal isteri gua, ramainya. Macam seronok je, hebat raya tahun ni.





Tomok Kahwini Pramugari

Sumber dari Kosmo ↑


Tomok mempunyai kelas yang tersendiri selepas memenangi OIAM lepas, selain hadiah RM1,000,000.00 tomok juga memiliki vokal yang mantap. Terus meletup dengan lagu-lagu baru yang meniti ruang radio, antaranya Rindu Terhenti, Arjuna, Merentas Masa. Kini Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail 27 tahun muncul dengan khabar gembira apabila bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai ini bersama pasangan Siti Rahayu 32 tahun. Tahniah di ucapkan, ini mungkin berita sedih bagi peminat-peminat yang ada menaruh hati pada Tomok. Nasib lu orang la...

EKSENTRIX FT Jersey

Garoos Jersey (Yellow) ↑

FBT Jersey (Red) ↑


Berbekalkan modal sendiri dan bergerak tanpa penaja, Eksentrik FT telah memiliki 2 jersey. Atas semangat kesukanan kami telah berbelanja menggunakan duit sendiri untuk menceriakan lagi pasukan ini, ini membuatkan kami lebih matang dalam sukan futsal. Berminat untuk menaja pasukan Eksentrik FT jangan segan, haha.

The Smurfs Village




Gua tengah gila main game ni kat phone, tengah drive, makan, buat kerja, lepak, berfutsal, tak kira masa gua akan fokus pada game ni bagi mengutip tanaman tepat pada masanya selain memperbesar dan memperbanyakkan lagi Smurf. Best


Kenapa Futsal?

Kenapa gua suka ber-futsal? Mungkin lu orang tertanya-tanya ataupun terfikir nak tanya, walaupun lu orang tak terfikir langsung sebenarnya gua tetap akan terangkan kenapa gua suka ber-futsal. Terasa macam syok sendiri tapi apadehal.

Sebab utamanya adalah kerana padang bola rumah gua jahanam, rumput 30% lagi 70% adalah batu. Tiang gol dah kena rembat dek mat pet gila besi, garisan out pun takde. Belakang padang pulak ada parit sebesar alam, bola lepas masuk parit tak pasal-pasal kena turut amek bola. Memang tak mersa sukan betul padang rumah gua.

Sebab kedua adalah kerana 'kaki' tak cukup, main bola padang kurang-kurang kena ada 22 orang baru stim nak main. Alih-alih ada la 5-6 orang yang turun padang, last-last main monyet je. Ape ke halnya, malu ditengok orang sekeliling.

Sebab ketiga adalah kerana awek gua belikan gua kasut futsal Nike jenis Mercurial kaler purple, butik Nike ok bukan downtown. Maknanya awek gua bangga gua main futsal, menguatkan lagi kesukaan gua pada futsal walaupun sekarang ni kasut tu dah rosak.

Sebab keempat adalah kerana tiada lagi pertandingan bola sepak padang macam dulu-dulu, semua orang dah main futsal sekarang ni. Asal cerita je mesti futsal, bola sepak padang boleh dikira dengan jari. Kadang-kadang tu tak payah kira, congak je.

Sebab kelima adalah kerana gelanggang futsal ada bumbung, hujan pun boleh main. Kalu main bola sepak padang dalam hujan nanti mak gua marah, kena tunggu badan kering baru boleh masuk rumah. Malu gua dengan jiran-jiran.

Sebab keenam adalah kerana gua dah tak muda macam dulu, boleh lari 1 padang bola sepak. Uhuk..

Sahabatkan Kekasih

Hari ni Dr. Gua nak bagi tips untuk mengukuhkan hubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri, ade beberapa cara atau langkah yang boleh diambil.

1- Gurau:- Bergurau sesama pasangan mampu membuatkan sesuatu hubungan itu bertambah ceria dan bahagia, sehingga terlupa akan penderitaan yang lepas. Pastikan gurauan itu bukan sindiran!

2- Kejutan:- Salah 1 cara membuat kejutan adalah membelikan hadiah, tak perlu yang mahal cukup sekadar memberi kesan mendalam dalam jiwa pasangan lu orang. Contoh, bingkai gambar yang mengandungi gambar lu orang berdua yang diambil ditempat-tempat yang menarik, mungkin masa mula-mula lu orang bercinta. Ringkas tapi memberi kesan. Selain hadiah lu orang juga boleh mengadakan majlis makan malam tanpa diketahui, makan malam yang sangat berbeza dari hari biasa. Mungkin dari masakan lu orang sendiri

3- Pujian:- Amalan puji memuji ni kalau boleh terapkan setiap hari, dalam SMS, dalam talian, dalam percakapan bersama pasangan tetapi jangan terlalu memuji. Tinggalkan saki baki pujian bagi sesi akan datang, puji terlebih membuatkan pasangan meluat. Paling mudah dan memberi kesan yang baik dalam perhubungan.

4- Hormat:- Sentiasa hormat ketika berada bersama pasangan lu orang, jangan abaikan mereka jika berjumpa kawan-kawan. Sentiasa juga 'highlight'kan yang lu orang sedang bersama pasangan lu, ini boleh membuatkan pasangan lu orang rasa dihormati. Percayalah

5- Sahabat:- Ini yang harus diamalkan semua pasangan, sahabatkan pasangan lu orang. Jangan terlalu memikirkan status pasangan lu orang dengan lu. Ini akan memberikan tekanan pada hubungan, lakukan apa yang selalu lu orang buat dengan sahabat pada pasangan lu orang. Cara ni perlu tapi jangan terlalu kerap, lakukan ketika perlu.



19 Kali







Piala English Premier League sudah dalam genggaman, ia merupakan kali ke-19. Pada perlawanan semalam Manchester United menundukkan Blackpool dengan jaringan 4-2, meskipun pada ketika ketinggalan 1-2. Blackpool ternyata tertekan pada perlawanan semalam kerana kemenangan yang dicari bagi memastikan mereka kekal di EPL, kekalahan kepada Manchester United menyebabkan mereka tersingkir bersama Birmingham dan Wigan.




BerPIZZA HUT







Akhirnya dapat juga gua makan pizza hut, order macam orang gila tapi bila makan macam budak kecik. Penghujungnya tak habis, tapau kasi adik-adik makan. Teringat dialog dalam cerita Seniman Bujang Lapok. "Ini bukan gagah, ini gelojoh bodoh!"




Transformers: Dark Of The Moon



Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan filem Transformers terbaru yang akan ditayangkan pada tahun ini, gua pun dah tak sabar nak tunggu. Sama-sama lah kita menunggu kemunculan filem hebat ni, pada masa yang sama jangan lupa beri sokongan pada industri perfileman tanah air sendiri. Banyak juga filem yang hebat-hebat yang bakal muncul pada tahun 2011 ni, gua sebenarnya dah lama tak menonton wayang. Kesian awek gua, apa nak buat terima la seadanya.

Kereta Paling Mahal Di Dunia




Dulu Bugatti Veron, sekarang Lamborghini. Perbezaan harga sebanyak RM830,389, nilai sebenar harga Lamborghini Sesto Elemento RM8.7 juta. Sesto Elemento ini menggunakan enjin 5.2 liter V10 dan berkelajuan 321 kilometer sejam tetapi masih belum dapat menandingi Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport yang berkelajuaan 407 kilometer sejam. Lamborghini Sesto Elemento ini hanya akan dibina sebanyak 20 unit sahaja. Memang superb, semangat gua semakin kuat untuk memiliki sebuah kereta jenis ni.







Kenapa Lelaki Jalan Laju

Mungkin ramai yang tak perasaan ataupun tertanya-tanya kenapa lelaki sering jalan laju, kadang-kadang tu sampai terlajak. Gua ada jawapan untuk persoalan tu, guakan lelaki.

1- Buang Air: Ini kes tak tahan nak buang air, lelaki ni jenis yang tak suka nak ke tandas jadi dorang lebih suka menahan. Akibat dari limpahan air di dalam badan akibat dari menahan, tu yang ramai lelaki berjalan lebih laju sebab nak ke tandas.

2- Bola Sepak: Ini 'special case' kepada lelaki memang minat bola/futsal, sampaikan berjalan pun mereka bagaikan sedang beraksi di atas padang bersama bola. Tu yang menonong je tu, sampaikan sanggup tackle kaki orang lain dari belakang. Ini bahaya.

3- Terlupa Kunci Kereta: Lu orang boleh tengok lelaki seperti ni kat 'shopping complex', lelaki ni ada sifat pelupa yang istimewa sampaikan kadang-kadang tu terlupa nak kunci pintu kereta. Awek pun dah naik bosan, masa nak pergi kunci kereta balik dia terlupa pulak yang dia datang dengan awek dia. Laju je berjalan tinggalkan awek kat belakang, berat kes ni

4- Awek No 2: Kes ni gua taknak masuk campur, ini kes rumah tangga orang ni. Lelaki jenis curang ni memang berjalan laju, nak-nak pulak bila keluar dengan awek No 1. Takut terserempak dengan yang lagi 1, sampaikan masa pegang tangan pun awek bole tertinggal kat belakang. Kes ni boleh rujuk pakar kaunseling

5- Terlewat 'date': Kes ni paling lucu, baru-baru nak bercinta la katakan. Janji pukul 2, pukul 3 baru nak sampai. Menggelupur la berjalan sebab da terlambat, awek yang bajet 'cute' pada mulanya mula tunjuk sifat 'queen control'nya. Sendiri mau jawap

Gua akui gua berjalan laju tapi takda la sampai tertinggal awek gua kat belakang, kadang-kadang tu gua pulak yang tertinggal. Awek gua lagi laju berjalan dari gua bila tengok dari jauh ada sign "SALE", kes macam ni gua amek tindakan bersabar je.

Selamat Hari-Hari Ibu

Gua cakap kat mak gua, bukan hari ini je (Ahad) hari ibu tapi setiap hari. Mak gua tidak berkata apa-apa, terharu barangkali

Kerinduan

Gua rindu nak panjat gunung, InsyaALLAH minggu ni gua ke Gunung Nuang buat kali ke-3. Kali ni menarik sikit, pasalnya bawak budak UITM. Nak release tension kata mereka, baru habis exam. Lebih kurang 6 orang, di tambah dengan kawan sepejuangan 5 orang.

Terubat la rindu nak main tanah dan merasai kesejukan air gunung, beg deuter gua pun dah lama tergantung berhabuk. Blog budakkakigunung pun dah lama tak dikemaskini aktiviti terbaru, lepas ni semua tidak akan terabai lagi. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat, amin...

KFC Toasted Pocketful





Dah lama rasanya tak pekena KFC, cuba pekena makanan baru. Boleh tahan, berbeza betul rasanya dengan sandwish makcik cafe.