Wajib WI-FI

Pengusaha restoran di Kuala Lumpur wajib menyediakan perkhidmatan WI-FI di restoran mereka bermula tahun depan, ini bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota negara maju 2020. Ini telah di suarakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, selain itu kepada mereka yang ingkar akan di kenakan tindakan seperti lesen perniagaan tidak akan diperbaharui.

Ini adalah suatu tindakan yang bijak selain memajukan Kuala Lumpur setaraf dengan bandaraya-bandaraya maju lain di luar negara, selain menggalakkan rakyat lebih terarah kepada IT. Gua mengangkat tangan menunjukkan sokongan 100% terhadap pendekatan ini.

Berita diambil dari sini

Dunia maju dengan teknologi

PTPTN Bercelaru - Penyata Semasa

Lihat petak merah di atas ↑
Baru-baru ni gua mendapat 1 surat bersampul yang tertera tulisan URUSAN SERI PADUKA, kepala surat tertera Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Macam biasa, cukup tahun penyata pinjaman pendidikan pun sampai dalam peti surat yang berwarna merah rumah gua.
Apabila dibuka timbul persoalan dalam kotak fikiran gua, kenapa? Kenapa penyata yang diterima pada tahun 2011 adalah penyata 2009? Apa yang memungkin mereka tidak boleh memberi penyata yang berakhir 2010? Apa yang menyukarkan mereka? Bukankah semuanya ada dalam sistem?
Persoalan ini mungkin juga bermain di kotak fikiran lu orang, gua akan cuba dapatkan kepastian berkenaan ini!
Kemas Kini ↓↓


klik E-FES ↑


Gua mencapai talipon mendail talian PTPTN 03-20804455, 2 minit lebih kurang gua menurut perintah suara mesin operator sebelum gua boleh bersua suara dengan operator yang hidup. Setelah bertanyakan pasal penyata yang diterima gua di suruh membuka laman web PTPTN dan print penyata semasa sendiri. Langkah-langkahnya:-

1- Buka laman web rasmi PTPTN

2- Klik E-FES disebelah kanan laman web seperti gamba rajah di atas

3- Masukkan NO IC peminjam dan NO PIN dan laman penyata semasa akan keluar

Dengan apa yang disuruh dan apa yang gua buat, tak terasa susah sebenarnya untuk mendapatkan penyata 2011 ataupun penyata semasa TETAPI kenapa pihak PTPTN tidak dapat berbuat demikian? Iaitu memberikan peminjam macam gua penyata 2010? Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri

GOSIP: Jejai & Fasha Putus


Tiba-tiba gua rasa nak bergosip, ala sekali sekala. Baca dalam suratkhabar cerita pasal hubungan Jejai dan Fasha dah putus, apa reaksi lu orang? Mungkin ada yang dah agak mereka tidak akan kekal lama, mungkin juga ada yang terkejut, mungkin jugak ada yang tak kisah. Bagi gua, semua kemungkinan tu ada kat gua. Setiap permulaan pasti ada perngakhirannya, kan? Cuma masa dan situasi je yang berlainan dan tidak diketahui.

Dengar dari orang-orang yang suka bergosip, mereka ni putus sebelum Fasha pergi Bali lagi, ala yang kecoh pasal berbikini hari tu. Mungkin Fasha nak release tension pasal hubungan yang dah putus dengan Jejai la kot, patut la tak kisah nak buat apa pun tapi betul ke? Panas dah gua rasa ni, dah macam terbakar je ni.

Dengan terputusnya hubungan antara mereka pasti ada yang berpendapat Jejai dan Nora Danish mungkin akan bersatu semula, ini kemungkinan yang pasti bermain di setiap kotak fikiran lu orang. Kalau ianya perkara baik apa salahnya, kalau jodoh memang tidak kemana.

p/s: Kadang-kadang bergosip ok la


Kereta Rosak

Pagi nak pergi kerja, faham-faham la kalau hari Isnin. Bangun pun lambat sikit, 'monday blues', memang bermalas-malasan. Jalan pulak sesak, berkilo-kilo panjangnya memang lagi lambat la sampai tempat kerja. Kesesakan pulak disebabkan oleh beberapa mangkuk yang tak faham dan sengal dengan masalah dorang sendiri, lu dah tau kereta lu rosak tapi lu bodohkan diri lu dengan duduk dalam kereta sambil tangan pegang handphone call sana sini. Kot ye pun lu tu bebal takkan tak terfikir yang kereta mahal lu tu ada double signal, kegunaan untuk perkara-perkara kecemasan. Lu bagi la double signal, sekurang-kurangnya kereta belakang lu tu tau yang kereta mewah lu tu jahanam.

Lu da tau kereta lu tu tak boleh bergerak, apa salahnya lu turun dan keluarkan sign segi tiga yang ada dalam bonet kereta lu tu. Lepas tu lu lambai-lambai la kereta belakang tu isyarat yang kereta lu rosak, letak la sign tu kat belakang kereta lu dengan jarak yang sesuai baru lah kereta belakang-belakang lu tau dan boleh tukar laluan awal-awal. Dah la bebal pastu buat kesesakan jalan berkilo-kilo panjang, lepas tu buat tak tau. Lu ingat dengan jalan sesak macam tu lori towing boleh sampai kat tempat kereta lu rosak dengan cepat ke?

Orang-orang macam ni kadang-kadang boleh mengundang orang lain membuat dosa kerana makian dan carutan yang dihamburkan kepada si bangang, lain kali elakkan. Memang gua mencarut tadi, bertambah sikit dosa gua harini. Damn...

Perbincangan: Lelaki vs Wanita (Edisi 2)

Perbincangan kali ini sambungan dari entri INI. Merujuk kepada isu kali ini, mungkin banyak pendapat dan pandangan lu orang tentagnya. Mungkin juga ada yang terasa hati mahupun marah tentangnya, itu yang gua mahu kan. Gua mahukan pendapat, pandangan dan luahan hati lu orang.

Memang benar perkara seperti ini tidak akan selesai sampai lu orang mati, itu memang tidak di nafikan. Gua berkata begitu kerana beberapa sebab yang nyata, pertama sifat. Sudah tentu sifat wanita dan lelaki berbeza, tidak akan sama dan tidak mungkin boleh di samakan. Sifat wanita dengan sifat kewanitaannya, sifat lelaki dengan sifat kelelakiannya. Faham bukan? Sudah tentu perbezaan pendapat, jadi bila akan sependapat? Lu orang sendiri tentukan

Tinggalkan pasal sifat, berbalik kepada keriteria seorang wanita terhadap lelaki dan keriteria lelaki terhadap seorang wanita. Apa yang sebenarnya yang di mahukan? Gua merujuk kepada ungkapan seorang orang lama kepada gua, katanya "dalam dunia ni manusia ada hak untuk memilih, jadi dengan itu pilih la yang terbaik untuk diri sendiri". Itu ungkapannya kepada gua dan bila di fikirkan ianya adalah sangat benar dan sangat bagus untuk di gunakan tapi kena percaya dan terima ketentuan datang dari ALLAH S.W.T.

Bak kata manusia, dari mata turun ke hati, tak kenal maka tak cinta. Manusia punyai hak untuk memilih dan menilai seseorang yang bakal dipilih sebagai pasangannya, benar bukan? Jika ditanya apa keriteria yang dimahukan bagi memilih pasangan, sudah tentu yang baik-baik sahaja. Sedap mata memandang, baik hatinya, beriman, berilmu, hormat orang dan macam-macam lagi tapi lu sendiri tu tergolong ke dalam keriteria macam tu sedangkan lu mahukan keriteria sebegitu? Sudah tentu mahukan yang terbaik untuk diri sendiri, jangan nafikan.

Gua terkenang seketika perbualan antara kawan-kawan yang mengatakan wanita ketika ini terlalu memilih, seolah-olah kaum Hawa ini hanya memandang pada harta, kekayaan dan paras rupa seseorang lelaki itu. Benarkah kenyataan ini? Wanita ketika ini terlalu mementingkan kerjaya dari kehidupan. Benarkah kenyataan ini? Apakah yang dicari dan dilihat oleh wanita ketika ini, apa yang dicari wanita moden kini?

Wajah & Stail terbaru dari gua



Cuti

Ok esok cuti, apa nak buat? Damn, takde plan. Kawan-kawan? Ada je tapi plan pergi mandi, bukan taknak pergi. Faham-faham jela kalau dah ramai-ramai tu pasti ada adegan majal memajal, tolak menolak, lemas melemas. Seram gua, gua dah la tak khatam lagi acara sukan air mau lemas lak nanti. Bila difikirkan balik macam menarik, lagipun dah lama gak tak bercuti dengan kawan-kawan. Alih-alih main futsal, futsal hari tak cuti pun boleh main. Kang tak join dorang apa gua nak buat? Tido? Oh sangat tidak sesuai, rumah gua tak pernah senyap. Confirm tak tenang jiwa gua, nak ke pekan macam dah bosan. Apa lah sangat yang ada kat pekan Kolumpo tu, dah hari-hari pergi. Kolumpo tu aku ibaratkan macam pejabat aku je, hari-hari mengadap. Naik muak. bosan. Damn...

Makanan

Makan la kat mana-mana pun, rasanya pasti akan rasa lebih kurang tapi gua hairan kenapa orang yang datang berduyun-duyun. Sanggup datang jauh-jauh untuk menikmati makanan yang sebenarnya ada di jual depan rumah, sedap katanya. Mental je tu, bagi gua makan dekat rumah lagi sedap. Kalau penerbit JJCM tanya gua mana lokasi nak buat shoot, gua akan promosikan rumah gua. Makanan semua sedap-sedap walaupun berlaukan dan berkuahkan sambal tumis ikan bilis.

Tinggalkan pasal makanan, gua nak rasmikan 1 laman blog terbaru gua http://www.budakkakigunung.blogspot.com/. Aktiviti gua sekarang semakin keras dan lasak, berani?

Lebihkan protein untuk lebih sasa


Tinggi 170cm berat plak 55kg, memang tak stabil. Untuk tinggi seumpama dengannya memerlukan berat 60kg ke 65kg, baru BMI stabil. Perbezaan hampir 10kg, ini bermakna gua kena naikkan berat badan.Walaupun berat badan gua tidak mencukupi, ini tidak bermakna gua tak sasa cume KURANG sasa.


Cuba bayangkan badan gua lebih sasa dan lebih mantap, macam brader-brader bina badan tu. Gua rasa lepas ni banyak la gua upload gamba separuh bogel gua kat sini nanti, maksud gua gambar susuk tubuh badan gua. Mesti penuh dengan ketul-ketul selain urat bersilang-silang, gua memang serius nak naikkan berat badan. Damn....

Gengster


Kalau gua nak jadi gengster atau nak tubuhkan kongsi gelap, gua nak jadi macam diaorang. Huh..


Ubi Kayu

Sekali sekala pekena ubi kayu rebus dengan kelapa parut pun syok gak, bilas lak teh o suam. Sambil-sambil tu cerita pasal masa depan, kekayaan, aset, bini, anak, masa sekolah dulu-dulu. Cepat masa berlalu.....




Bakal pahlawan Malaysia (PLKN)

Abang botak abang gondol. ↑
Mak mana tak sayang anak, tu mak gua. ↑
Kasih abang kepada adik, huahua. ↑
Kesian adik gua, gondol sudah kepala. Gua tau dia tak suka di botakkan, takpe pengorbanan lu pasti ada hikmah dan mendatangkan hasil dalam diri lu nanti. Baru seminggu di kem Paya Indah Wetland, tidak banyak perubahan yang gua nampak.

Gua harap adik gua dapat menempuh segala ujian dn latihan yang mendatang, insyaALLAH






*Program Latihan Khidmat Negara banyak kelebihan, usah pertikaikan faedahnya


Event: Kuala Lumpur Muay Thai Challenge 2010 (UPDATED)

Peminat-peminat sukan tomoi memenuhi ruang stadium. ↑
Gelanggang pertarungan 2 bakat tomoi. ↑
Kuala Lumpur Muay Thai Challenge mencukil bakat muda & baru. ↑
Tidak sesuai sekiranya kanak-kanak seperti ini untuk menonton aksi ganas, terpulang kepada ibu bapa.
Kuala Lumpur Muay Thai Challenge 2010 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari di Stadium Tertutup Titiwangsa Kuala Lumpur pada 7 Dis & 8 Dis 2011. Sambutan pertandingan amat menggalakkan dari peminat sukan tomoi ini, berikutan itu ruang stadium di penuhi sejak dari hari pertama pertandingan lagi. Tahniah kepada pemenang.



* Mungkin pertandingan seumpama dengan ini perlu HAD umur 18 tahun ke atas untuk menonton


Asid + Buah = Jeruk

Terpandang 1 sudut meja, nampak 1 bungkusan makanan yang belum di buka. Jeruk!! Jambu, betik, mangga, sengkuang, pala, salak. Pergh, layan. Dah lama tak kena benda nikmat macam ni, layan ni beb.

Permudahkan benda yang mudah

Lu buat salah tapi lu tak tunjukkan rasa bersalah lu, buat tak tau je. Gua tengah marah boleh tambah marah, memang tak masuk akal cara macam tu. Kurang-kurang lu cakap sorry ke, lu buat muka seposen ke. Sejuk lak gak panas gua tu, kan mudah.

Gua bagi 1 contoh keadaan yang gua hadapi tapi tanpa respon dari si pesalah. Ni dulu punya cerita tapi masih gua ingat, kesan amat dalam. Gua makan kat 1 restoran, kereta di parking cantik di tempat parking. Ngam masuk petak parking kuning, tak halang mana-mana kereta.

Lepas gua makan nak balik gua tengok ada 1 kereta Kenari parking tepat belakang kereta gua, siap tarik hand break. Nak buat apa pun tak boleh, gua duk dalam kereta sambil bunyi kan hon secara halus supaya tak ganggu orang lain. Lama gak gua tunggu, hampir 30 minit. Lepas dari tu datang seorang pakcik baya bapak gua, gua pandang sharp ke arah muka dia menunggu reaksi dari pakcik tu. Pakcik tu masuk dalam kereta terus bergerak lancar tanpa sebarang reaksi kat gua, ek pun tak uk pun tak. Damn...

At least angkat la tangan sambil senyum kat gua, gua pun paham lu ada urusan. Gua bukannya berhati batu sampai tak boleh nak maafkan orang, lu senyum pun dah cukup apa. Benda mudah boleh jadi makin susah dan meleret, tak kan nak gua ajar kot macam mana cara nak mintak maaf.

Ingatan gua tu lu orang, walau apa pun salah lu orang kecik ke besar ke tunjukkan lah rasa bersalah lu tu. Jangan nak tunjuk keras kepala lu, cuba segala cara untuk menyejukkan hati orang yang lu buat salah. Mudah je...




Kekecohan berlaku di Perhentian Bas Kajang (Jalan Reko) - UPDATED!

Khemah urusetia di penuhi orang ramai ↑

Orang ramai berpusu-pusu ke meja urusetia mendapatkan kepastian ↑

BKW 2725 ↑

Muhammad Faiz, adik gua (berbaju kotak-kotak). Malu barangkali kawan dia

Kekecohan yang melanda Perhentian Bas Kajang (Jalan Reko) pada Selasa lalu akhirnya dapat di tangani dan di hadapi tanpa sebarang pergaduhan mahupun perbalahan. Terima kasih di ucapkan kepada pasukan RELA dan urusetia kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik

Pendaftaran pelajar ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berjalan lancar seperti yang di aturkan, adik gua di tempatkan di Kem Paya Indah Wetland Selangor. Gua harap dia dapat menjalani latihan dengan penuh displin dan bersungguh.

Sekian saja laporan tentang kekecohan yang melanda.

Lagu Kenangan

Banyak lagu-lagu kenangan yang masih segar dalam ingatan gua di era 80an & 90an, mungkin liriknya saja ingat-ingat lupa. Bila di dengar semula muncul 1-1 kenangan semasa dulu-dulu, masa remaja, muda bergetah, bercinta dan sebagainya. Antara lagu-lagu kenangan yang gua dengar sehingga ke hari ini dan masih lagi mencari untuk di muat turun.

Zaiton Sameon - Menaruh Harapan
Zaiton Sameon - Menadah Impian
Dlloyd - Keagungan Tuhan
Dlloyd - Oh Tak Mungkin
Menara - Sayang
To'ki - Hampa
To'ki - Biasan
Qiara - Untuk Mu Sayang
Rohana Jalil - Rayuanku
Feminin - Kini
Elite - Tamparan Wanita
Elite - Trauma
KRU - Fanatik
KRU - Ooh La La
Iklim - Suci Dalam Debu
Iklim - Bukan Aku Tak Cinta
Nike Ardila - Mengapa


Kalau nak di senaraikan memang tak sudah, banyak sangat lagu-lagu kenangan yang menyentuh perasaan. Tiba-tiba gua 'touching', sob...sob... Lu orang ingat lagi tak lagu-lagu tu? Mungkin ada yang ingat mungkin ada yang tak, baik lu orang cari balik lagu-lagu ni. Gua pasti hidup lu orang akan ceria balik macam zaman remaja dulu, pasti lu orang akan menyanyi sambil buat kerja kat opis.


Pantun 2 kerat:
Hari berganti hari
Kenangan tetap dalam hati




Kekecohan berlaku di Perhentian Bas Kajang (Jalan Reko)

Kajang (4-Jan-2011) - Kekecohan berlaku seawal pagi sekitar 8.30 pagi, kawasan sekitar terpaksa di kawal pasukan RELA mengawasi kesesakan lalu lintas dan mengawal kemasukan kereta yang mendadak.

Kelihatan ramai orang mengerumuni 1 khemah yang di dirikan, keadaan seakan bertambah buruk sekitar 9.00 pagi. Khemah sudah tidak dapat menampung kehadiran orang ramai yang bersesak-sesak cuba mendapat kepastian daripada urusetia bertugas.

Laporan seterusnya akan di bawa terus dalam entri berikutnya, kepastian 1 jawapan. Kami akan rungkai segalanya.....

Sambungan entri, klik sini