Hati gua tiada disini

dah lama juga gua tak ber-holiday, kusut gak duk kolumpo ni- sini bising, sana sesak, situ kerja, sini habuk- 3 hari memang tak cukup nak menenangkan fikiran tapi ok la dari takde langsung- jadi untuk 3 hari 2 malam ni start malam ni gua takde kat kolumpo, gua nak pergi berholiday- gua nak minta tolong lu orang tolong tengok² kan blog gua, siapa yang kacau blog gua ni lu orang tolong rembat dorang tu ye- ni amanah ni, sesiapa yang dah baca entri ni dikira amanah ni jatuh kat lu orang- lagi 1 gua nak pesan, nak rindu kat gua boleh tapi jangan rindu dalam² sangat nanti jiwa lu orang juga yang parah-


notabtitikbertindih: gunung daik bercabang 3, pulau redang jauh ketengah......

Cermin mate dalam panggung

ini mugkin dah ditakdirkan, ikut kan rasa mula-mula mmg ade sedikit rase macam nak mencarut- tapi tu semua pade permulaan, macam yang gua ckp td, ini mungkin dah ditakdirkan- inilah pertame kali gua tengok cerite pakai cermin mate, kalau tak pakai gambo jadi kabur je- pakai cermin mate baru clear, gambo plak tu macam depan mate- teruje rasenye, rase macam kat alam lain- gua ingat nak rembat cermin mate yang penuh ajaib tu tapi budak berbaju putih berseluar hitam dah tunggu kat depan pintu keluar nak collect cermin mate tu, ingat nak try pakai sambil tengok berita kat umah- amazing........



notabertitik: kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepian gantang

Gua dicabul

ape lu orang buat jika rambut yang lu belai dan jage selame ini telah disalah potong? lain yang di suruh lain yang jadi, hati panas tak tertahan- rase macam nak gunting je rambut mamat sepet yang potong rambut gua ni, biar gua kasi tobek tahap dah tak bole repair- ingat senang ke gua nak jage rambut ni, suke² lu je kasi gua punye rambut serupa itu badut- malu gua dengan rambut yang sekarang ni, da macam orang vietnam pun ade- sume orang dah bole nampak dengan jelas parut kesan tetakan atas kepale gua ni, comotnye gua rase- haih......



takpe, harini hari lu- esok luse jangan nak bermimpi gua akan lepas kan lu, hati tengah panas ni- nak² plak bila mak gua cakap rambut gua da macam anak jin, lagi gua panas-







notabersurat: rambut ibarat mahkota, jaga rambut anda dengan shampoo Keliar Men...

Mimpi? Jangan mimpi la..

sejak akhir-akhir ni tido gua tidak di sajikan dengan mimpi, rindu rasenye nak bermimpi- dapat mimpi tunggang super bike sambil bawak mak gua pun ok gak, pandu X6 sambil singgah kat pandu lalu mekdi pun canggih gak tu- kalau sesekali mimpi berperang dengan zombi pun gua tak kesah, boleh gua test kejantanan gua- mimpi kawen? leceh la, mau beku darah kat kepale nanti- gua nak layan lagu Olan sambil pekena kacang hijau jap, nanti gua story lagi pasal mimpi tapi jangan mimpi la



notakukukaki: kebosanang tahap gabang, paham??!

Salah siapa?

tempat tido agak limited kat umah gua, siapa cepat die dapat- nak tido atas tilam kena cepat² masuk tido, kalu tak "bertilam" lantai la jawapnye- semalam bole dikatekan gua masuk tido agak lambat, sebab gua meniage- sedang syok gua meniage, yang lain amek kesempatan untuk tido lebih awl dari gua- pemenang tilam semalam adelah adik gua, nasib lu sekolah lagi kalau tak mmg gua da tolak lu dari atas tilam tu- jadi gua "bertilamkan" lantai je semalam, nasib bantal ade stok lebih kalu tak mau kebas tangan gua untuk alas kepale-



nak dijadikan cerite, bila gua nak bangun pegi keja pagi tadi gua rase tengkok gua tak selesa- rase macam patah pun ade, da macam robot dah gua rase- gua panggil salah tido, ade yang cakap salah bantal- gua pun xtau mane satu yang betul, tapi ari-ari gua gune bantal yang same- tak la plak gua tersalah bantal jiran umah sebelah-





notabertindih-tindih: gua tak kerja arini, tengkok gua tak berfungsi dgn baik...

Biskut dah besar

pastinya waktu itu akan tiba...
hati ini terasa debarnya...
meronta-ronta kegembiraan...
ingin dilajukan saat waktu berputar...
sudah lama diri ini menanti saat itu...
tiada halangan yang dapat menghalang diri ini...
tidur malam tidak lagi selena sebelumnya...
pastinya terbayang saat indah yang bakal menjelma...
pastinya indah disaat itu....

Redang Lagoon Resort, tunggu kehadiran gua- lu banyak membuatkan tido gua tak lena, hati gua da lame meronta-ronta- tak sabar dah rasenye ni, haih- kesabaran gua tercabar hebat.....

notalututkedada- kesabaran kunci kejayaan, ade gua kesah?

Kejatuhan empayar

Kg Lubuk dulunya adalah sebuah kampung yang aman dan damai, diketuai seorang ketua kampung yang telus dan tulus- ini lah permulaan zaman kegemilangan Kg Lubuk, walaupun dulunya tiada kemudahan yang lengkap seperti dewan orang ramai, meja ping pong, gelanggang futsal percuma, gelongsor plastik mahupun papan dam buatan tangan- penduduk tidak pernah merungut tentang itu, cukup la dengan kewujudan kedai kopi Abg Man walaupun berbumbung yang telah bocor dan tidak pernah ditampal- disitulah tempat penduduk berkumpul walaupun sebenarnye hanye mat-mat despatch melepak selepas seharian bekerja sambil menyedut nikmat sebatang Gudang Garam setiap seorang- Abg Man la pembekal Gudang Garam original from Indonesia, pastikan Ori baru sedut- tidak lupa juga pakcik² pencen melempiaskan nafsu Kopi "O" kaw sambil becerita zaman remaja yang penuh dengan kegelapan, dasyat juga orang tua kat Kg Lubuk- setiap petang hamparan simen yang dijadikan gelanggang takraw menjadi tumpuan penduduk menunjuk libasan masing-masing, selain kanak² bermain bola tanpa tiang gol dan garisan out- surau juga tidak kurang sesaknya pabila malam, pastinya ada yang terpakse solat diluar kaki lima surau- kabin diberikan YB sebagai pengganti rumah ketua kampung pabila tibanya waktu mesyuarat tahunan kampung, penduduk kampung terharu dengan kemudahan itu- meriahnya zaman itu-








Kg Lubuk semakin tua, perubahan demi perubahan berlaku- kedai Abg Man semakin merosot kedatangan pelanggannya, mat² despatch dah mula pandai melepak di Kuala Lumpur, pakcik² tua ramai yang dah tak larat berjalan- kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan macam² lagi- kabin yang disangka banyak memberi jasa kepada penduduk hanye la sangkaan semate-mate- kabin hanye digunakan semase pilihan raye lepas, menjadi tempat simpanan poster-poster, bendera- bendera dan t-shirt² parti politik tertentu- keputusan pilihan raye lepas banyak menyebabkan perubahan mendadak keceriaan Kg Lubuk, tiada lagi warna-warni kegembiraan dikawasan taklukan ketua Kg Lubuk- ketua kampung tidak kelihatan lagi, kabin telah menjadi tempat makan yang diberi nama Char Kuew Teow Kuale- kedai Abg Man telah dirobohkan, tiada lagi stok Gudang Garam ori- surau semakin lengang, hanya kanak² sewaktu 5 tahun kebawah yang kelihatan- mat-mat despatch tidak bersatu lagi, ada yang dah bertuka kerja opis tak lupa juga yang telah berminat untuk menjadi penggangur- Kg Lubuk semakin suram, tiada lagi lampu kelip-kelip di rumah ketua kampung tika malam menjelma- suramnya suasana.....







Kg Lubuk merupakan nama samaran bagi tempat gua menetap sejak gua darjah 4 sehingga kini

Sarapan dan di ikuti dengan sumpahan

sampai opis pukul 10:42 pagi, agak cepat dari biasa- nampak ada perubahan dalam diri, makin liat nak bangun pagi, bagus- setting punggung lebih kurang, letak beg pastu on pc- selamat semua tengah sibuk buat kerja, terlepas gua dari soalan-soalan yang memang susah gua nak jawap- walaupun gua lambat tak bermakne gua dah sarapan kat rumah, jadi perut gua masih lagi kosong sehingga ke pukul 11:00 pagi- mengambil langkah ke tingkat 1, menuju ke arena makan- kuih muih menjadi pilihan gua, lepas gua perhati satu per satu kuih yang dijual, gua berkenan karipap dan pau sambal- kuih satu 50 sen, jadi tak boleh amek banyak², amek seketul satu cukup- bayaran gua buat dalam bentuk Ringgit Malaysia dan yang pasti duit tak bole koyak, nanti makcik tu tak terima-

perut memang dah sehati berdansa da, pedih tak ingat- jarang gua sarapan lewat macam ni, selalu pukul 9 gua dah sapu sebungkus nasi lemak- sesampai je gua ke tempat asal lepas beli kuih, gua amek mood nak besarapan- gua mulakan dengan bismillah, gua try karipap dulu- fuhh, nikmat- 3 gigit cukup buat karipap bersaiz tapak tangan habis ditelan, punye kebulur- sekarang giliran pau sambal, kuih ni memang feveret gua sejak dari darjah 4- gigitan awal memang agak besar, separuh kuih tu gua gigit, punye la kebulur- sumpah, pau sambal tu potong selera sarapan gua- kuih keras membatu, sambal kelat tanpa rase- rugi gua 50 sen, kalau gua tau pau sambal tu tanpa rase, sure gua dah kebas popia sambal- cilakak, haram sungguh- alamak, mak gua cakap depan rezeki tak baik cakap bende yang tak elok- sorry, gua terlupe- ape pun, pau sambal pagi tadi memang membuatkan selera bersarapan gua menyimpang jauh-

sekarang gua nak pegi amek mood makan tengahhari plak, sebelum tu gua nak minta kat makcik kuih tadi 50 sen gua balik- customer always right.....

Dibekukan selamanya

setelah lama gua perhatikan sejak gua mula menceburi bidang blog ni entri yang paling tidak mendapat sambutan adalah entri berkenaan bola sepak, asal gua tulis entri berkaitan bola je pasti sambutannya kurang- follower gua pulak boleh dikatakan 99% adalah kaum wanita, dah confirm-confirm ramai yang tak tengok bola- mungkin juga ada yang sakit hati bila gua bercerita pasal bola, dengan boypren pun cita pasal bola, bukak blog pun cerita pasal bola- gua mencuba untuk tidak becerita pasal bola untuk entri gua yang akan datang, mungkin gua akan becerita pasal batu seremban atau pun permainan congkak- gua agak mesti sambutan di luar jangkaan nanti, pecah rekod box office- ini bukan bermakna gua akn berhenti untuk bermain bola, cuma entri pasal bola untuk akan datang akan dibekukan-

lu orang nak gua cerita pasal apa untuk entri seterusnya? gua da kering idea, mungkin dengan bantuan lu orang, idea gua akan bercambah- lu orang cakap je ape yang lu orang nak tau, nanti gua cerita kan

Sakit Hatikah?

ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa- gua selalu teringatkan pepatah tu bila setiap kali gua nak tulis entri dan berkata-kata- takut ada pula yang tersinggung dengan gua, manusia mahukan yang sempurna dari orang lain sedangkan diri sendiri pun belum tentu sempurna- gua tak kisah, apa yang penting gua akan lebih menghormati orang sekarang ni- gua belajar semua tu-

mungkin entri gua kali ini akan membuatkan orang-orang diluar sane terasa hati, minta maaf gua ucapkan terlebih dulu- bukan niat gua nak menyakitkan hati sesiapa, sumpah- gua cuma nak khabarkan kepada semua, AC Milan bukanlah lawan MU- Rooney, lu memang superb bro- gua memang dah agak lu memang akan score semalam, walaupun gua tak tengok game pagi tu- untuk semua fans MU sama-sama kita buat ombak untuk Rooney, yuuuhhuuuuu-

setakat ni je entri gua kali ni, gua tak sakitkan hati sesiapa kan...?

Malu Rasanya

harinya bakal tiba, hati gua berdebar- malu juga rasanya tapi ini yang bakal berlaku- gua akan berpakaian lengkap berbaju Melayu putih berkilat beserta songket hitam, dipadankan pula dengan kasut kulit hitam berkilat dan bersongkok tinggi seperti YB- gua ingat peristiwa ini tidak akan berlaku, tapi gua akur juga akhirnya- tiada siapa yang dapat meneka perasaan gua hari ini sehingga tiba hari itu, seperti enjin moto bot 3000 kuasa kuda lajunya jantung ini berdegup- gua tak boleh lari dari peristiwa yang bakal berlaku itu nanti, semuanya telah siap- apa yang mampu hanya menghitung hari, membilang waktu-

gua bakal menjadi pengapit pengantin buat kali ke-4 sepanjang hidup gua di muka bumi ini, sungguh pun begitu perasaan malu tetap ada dalam diri gua- kenapa lu pilih gua bro? adusssss.. malu neh..... dammmnnn.....

Gaya Mutu Keunggulan

berbekalkan sedikit wax gua pacakkan rambut, berbilas sedikit air untuk bagi nampak lebil real pacakkan rambut gua- gua lurutkan jari jemari yang basah ke kening, gua adjust sket sideburn bagi teratur- gua setup baju kasi lebih kemas, lap kasut kasi nampak muka- langkah kaki gua atur cermat melangkah bebas, bunyi hentakan kasut kulit hitam sengaja gua kuatkan- gaya angkat tangan menyapa pak guard antara yang membuatkan gua di pandang macho- gaya tekan butang lift juga tak kurang machonya- sesampai je, gua sentuh kad dekat sesentuh- tiiiitttt, sesentuh berbunyi selepas itu-


daammnnn.................... gua lambat lagi ke opis