Woiiii (Part II)

motif utama gua tukar header adalah bagi mengantikan header yg lame, gua rase dah nak setahun gua pakai header lame tu- lagipun header lame tu xder maksud pape pun, jadi gua fikir tuk bt 1 header yg ade maksud- jadi apakah makne header gua tu?

-tulisan biskut marie tu adalah nick gua dlm blog ni, gua nak lu orang kenal gua sebagai biskut marie.
-gua menggunakan warna hitam merah tuk menampakan sedikit kegarangan, horor, rock. element² mcm tu la lebih kurang tp bkn menunjukkan perangai gua!
-yang bulatan besar di balik perkatan biskut marie tu bkn la seperti yg lu orang jangkakan, bukan biskut atau naga tengah makan biskut, kucing or wateva. bulatan tu adalah bumi, dunia, tuk menunjukkan impian gua. impian gua nak orang serata dunia kenal gua dgn biskut marie, gua nak orang serata dunia kenal blog gua, konon² la. (mungkin pelajar² Malaysia yg berade kat luar negara)
-OKU tu pulak menunjukkan betape rendah dirinya gua, walau sehebat mane pun kejayaan gua, walau sehebat mane pun cerita blog gua, gua ttap ibaratkan diri gua ni seorang manusia yang tak sempurna. jadi gua letak 1 simbol tuk gua sendiri tidak lupe diri, hasilnya simbol OKU (bukan penyindiran tuk kaum OKU)
-tentang warna agak suram tu bkn masalah warna header gua tapi tu kerana template blog gua, die mcm blur² sket. gua ingat nnt gua nak tukar template



*harap-harap terjawap la sudah persoalan yg bermain di sendi fikiran lu orang



Woiiii

gua baru tukar header tuk blog gua ni, komen sket! nnt gua terangkan ape makne header tu, tolong la komen erk? biar ikhlas tau, kutuk pun takpe-


Hadiah Bermakna Raya Haji

bukan mahu riak atau bermegah tapi ni keputusan tuk perlawanan persahabatan futsal team Kg Lubuk semalam- Kg Lubuk berjaya mengekang pihak lawan dengan keputusan perlawanan memihak kepada kami, 12 berbalas 4- mengikut sejarah Kg Lubuk ini adalah 1 rekod gol terbesar sepanjang 100 tahun- menteri Kg Lubuk mengumumkan hari ini sebagai cuti umum kepade penduduk²nya tapi tiada siapa mahu bercuti termasuk lah gua-


Kg Lubuk (12) - (4) Kg .... (gua tak tau ape name team)

Gua Men Futsal Malam Ni

gua harap David Moyes belajar dari kekalahan
MU (3) - (0) Everton
nasib Owen tak sepak betul² mase depan gol aritu
kalau tak, tak senang duduk David kat sit Recaro stadium Old Trafford
at least dpt gak duduk kan
betul tak David Moyes?



*tunggu keputusan perlawanan persahabatan futsal team gua esok- SP Kajang lu tunggu gua datang....


Kampung Talam (Episod 1)

tuk....tuk...tuk...
Kamal mengetuk pintu kayu rumahnya tergopoh-gapah. "Assalamualaikum" salam Kamal tidak berbalas. Berlari Kamal ke pintu belakang rumah kampungnya. "Jah oh Jah" Kamal memanggil isterinya. "Mana pulak si gendut ni" Kamal mengeluh sambil menyebut nama timangan untuk isterinya. Kamal bergegas pula ke tingkap rumahnya sambil menarik-narik kot kot ada tingkap yang tidak berkunci tapi ternyata semuanya terkunci rapi. Kamal berlari ke rumah jiran sebelah. "Mak Siah oh Mak Siah" jeritan Kamal memecah kesunyian petang di Kampung Talam. "Apo kono ko ni Kamal, tersampok setan ke?" marah Mak Siah pada Kamal. "Mak Siah nampak tak Jah saya?" tanya Kamal pada Mak Siah yang juga merupakan isteri Pak Senin ketua Kampung Talam. Jelas kelihatan pucat di muka Kamal, berselang seli peluh menitik dari muka ke tanah.



"Mano Mak Siah nampak, tongah hari tadi adolah" balas Mak Siah. "Mana pulak lah semua dalam rumah tu, saya dah tak boleh tahan ni. Da hilang sabar dah ni" Kamal tidak dapat mengawal perasaannya. "Ko cakap dengan Mak Siah, apo yang terjadi sbonar eh?" Mak Siah cuba mengawal keadaan sambil menjeling ke-kiri dan kanan. "Bukan apa Mak Siah, ini masalah peribadi. Kalau boleh tak nak libatkan sesiapa" cerita Kamal bersungguh-sungguh. Kamal semakin gelisah, matanya melihat disekeliling mencari isterinya. "Kunci rumah pulak tertinggal kat dalam rumah" sambung Kamal kepada Mak Siah. " Bawak bersabar Kamal, setiap masalah ado penyelesaiannya" sekali lagi Mak Siah cuba mengawal keadaan. "Kalau Mak Siah nak sabar, Mak Siah sabar sorang-sorang" nyata Kamal tidak bersetuju dengan pendapat Mak Siah........



bersambung.......



- saksikan drama Kampung Talam setiap hari Jumaat hanya di shahazril.blogspot.com




Follower Gua


tengah gua pekena teh O buatan tangan, gua diajukan soalan yg gua sendiri tak pernah terfikir- seorang kenalan bertanya kat gua kenapa follower gua ramai gadis² bawah umur dan gadis² berkerjaya? tersebur air teh O keluar dari mulut gua

berpeluh juga gua memikirkan jawapan tuk soalan tu- fikiran gua buntu, gua pun menjawap dengan keadaan separa sedar " Well you know me" gua ter-riak seketika- gua pun tak tau kenapa follower gua ramai gadis² cun- persoalan cengitu mmg membuatkan gua berpeluh untuk menjawap-


lu orang sebagai follower gua tolong jawapkan untuk mmber gua tu, tolong erk..?


sila klik digambar untuk pemerhatian secara jelas!





Kreativiti Gua

gua ingat nak buat lagi 1 blog untuk kepuasan gua, oleh kerana gua suka menangkap gamba, gua ingat nak buat lagi 1 blog untuk semua gamba² yang gua tangkap- ini cuma hanya cadangan gua, gua memerlukan pandangan lu orang tentang penubuhan lagi 1 blog gua ni-



pandangan dan cadangan dari lu orang amat dihargai- amacam...??





Bila Kaki Menyepak Bola

perlawanan persahabatan pada Sabtu lepas memihak kepada team Kg Lubuk, kemenangan 4 - 1 sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada pemain² Kg Lubuk- kaki kanan gua turut menyumbangkan 1 gol untuk Kg Lubuk, gol itu juga merupakan gol pembukaan pada perlawanan persahabatan tersebut- ini menunjukkan gua masih lagi antara pemain yang berbisa, walaupun diri ini makin dimamah usia- tepukan gemuruh juga harus diberikan kepada penjaga gol pasukan Kg Lubuk kerana berjaya menjaga gawang dengan cemerlang, gemilang dan terbilang- penjaga gol Kg Lubuk yang baru mengantikan penjaga gol lame yang telah menjadi OKU setelah tangannya patah pada perlawanan persahabatan pada sebulan yang lepas- kesian kau-

walaupun perlawanan persahabatan itu gagal mendapat liputan secara langsung di stesen berbayar, permainan tetap menarik penonton² memenuhi kerusi² di hadapan gelanggang- sekian saja laporan untuk hari ini, teruskan menanti perkembangan pasukan futsal Kg Lubuk- kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya-




-gua rase bangga tibe-tibe


Eccentric FC

gua selaku pembekal idea² tuk team futsal Kg Lubuk ingin menyuarakan cadangan name tuk team, setelah gua mnyelak kamus kurang dari 1 minit gua dapat 1 name yg gua syak mmg sesuai sgt- Eccentric FC, tak syak lagi mmg sesuai sgt da dgn team gua ni- sumenye pelik² belaka! gua akan ketengahkan cadangan gua ni pada mesyuarat agung yg tak bernombor kerna tak pernah ade pun mesyuarat sebelum ni- ape pendapat lu orang tentang cadangan name team futsal gua?




*Eccentric = pelik, aneh, ganjil



Malam Tadi

"malam ni dtg umah gua, meeting pasal jersey tuk futsal" gua memulakan msg.

nampaknya team futsal gua mula bersemangat memakai jersey sedondon, nampak smart kate mereka- ade jugak suare² sumbang mengatakan, kalau dah ade jersey kalah nanti malu- nampak sangat lu takut, belum main da fikir kalah- bagi gua ni mendidik bagi team futsal Kg Lubuk lebih berdisplin dan lebih bersemangat bile bermain futsal-

"malam kang gua datang umah lu" cimbank membalas msg gua.

macam biase, cakap meeting pukul 9 tapi 9.41 belum tentu dapat kumpul semuanye- ini perkare biase- selepas perbincangan hampir 1/2 jam semua terarah kepade membeli jersey kat downtown je, harge RM10- tibe² gua bersemangat nak main futsal, semua setuju dengan cadangan nak membuat jersey-


*kaki gua gatal nak tendang bola futsal, aih....


Selulit

giler banyak habuk kat blog gua ni, ini bermakne gua harus membersih kan segale sawang² da habuk² yg melekat- kesulitan amat dikesali...



PEKABARAN GUA TUK LU ORANG

gua ade 1 pekabaran yg nak dikongsi kan dgn lu orang, gua tak tau gua nak nangis ke atau nak gembira- gua harap lu orang tenang je bile membace perkabaran yg gua nak bagitau lu orang ni- ntah la gua tak tau la gua patut bagitau lu orang atau tak, sbb tak semua orang yang akan paham- mungkin perasaan lu orang tak same mcm perasaan gua, muke same garang perasaan sape yang tahu, betul tak? tapi gua gagahkan jugak nak menyampaikan pekabaran ni kat lu orang, kite kongsi bersame- pekabaran ni gua tujukan khas tuk follower² gua terutame sekali, dan jugak tuk yg selalu mengomen & melawat blog mengarut gua- walaupun berat hati nak meyampaikan tpi ini lah kenyataannye, ya gua harus kuat- ini entri gua yang ke-100 giler gempak, da lame gua tggu saat ni- tu la tadi pekabaran yang nak gua sampaikan!




p/s:- gua sebak






BMW

gua nak tanye pendapat lu orang sume, gua ade 1 hajat besar- hajat gua nak memiliki sebuah kenderaan 4 tayar atau name timangannya kereta, jadi disini gua ingin pendapat lu orang kereta ape kah yang sesuai tuk gua- ciri² kereta dan kewangan gua seperti dibawah:-

- kereta BARU/NEW
- 0 downpayment
- monthly bawah RM600
- keluasan kereta selesa tuk orang tua
- radio nak DVD tak mo kaset
- kereta OTR bawah RM50k


gua harap lu orang sume bole tolong gua, pendapat lu orang amat gua hargai- pendapat yang mengarut insyaALLAH kena maki, gua serius ni- amacam...??


CONELI??

lu orang penah dengar jenama sukan CONELI....?? ape tak pernah..? ape la lu orang ni, nampak sgt xminat sukan.. lu orang kalu nak tau lebih dalam ape cerite pasal CONELI ni lu orang bole klik kat sini... kalu orang nak shopping barang² CONELI ni pun bole direct dgn gua, harge gua kasi yg terbaik punye.... kualiti puas hati!! akhir kate dari gua.......







majulah sukan untuk kuruskan badan...

sekian